• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Akan Dedahkan Dalang Bocor Kertas UPSR

oleh AK-47
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan akan mendedahkan siapa dalang di sebalik kes kebocoran kertas soalan bagi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini yang mengejutkan seluruh negara.

Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerajaan tidak akan menyembunyikan sebarang hasil siasatan dan dalang yang bertanggungjawab selepas ia dikenalpasti badan bebas yang ditubuhkan di bawah kementeriannya bagi menyiasat kes itu.

“Kita akan mengambil apa juga langkah yang boleh.

“Jawatankuasa yang dilantik adalah jawatankuasa bebas dan InsyaAllah kita akan pastikan semua dapatan mereka akan diberitahu kepada rakyat,” kata Idris dalam Sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini.

[BACA – UPSR Bocor : Tiada Kompromi Pihak Bertanggungjawab]

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambagan Ahli Parlimen (BN-Kalabakan) Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh yang ingin tahu tindakan kerajaan ke atas pihak yang terlibat membocorkan kertas soalan berkenaan.

Pada UPSR edisi 2014 kali ini, empat kertas soalan didapati bocor iaitu Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Tamil.

Para pelajar telah pun menduduki semula kertas soalan Sains dan Bahasa Inggeris yang telah dijalankan pada 30 September lepas manakala tarikh baru bagi subjek Matematik dan Bahasa Tamil pula ditetapkan pada 9 Oktober ini.

Selain mendedahkan dalangnya, kementeriannya juga akan membuat kajian semula ke atas Prosedur Operasi Standard (SOP) Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam mengendalikan kertas peperiksaan bagi mengelak kes kebocoran kertas soalan berulang. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: PendidikanUPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

Onn Hafiz Lawat SJKT Taman Tun Aminah, Pastikan Pendidikan Untuk Setiap Anak Johor

22/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sekali lagi membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan rakyat...

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

“Kadang-Kadang Yang Bersyukur Seperti Sing Phing Dilabelkan Pengkhianat”

15/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekilas pandang di merata dunia, yang berketurunan Cina jarang dapat berpendidikan dalam Bahasa Mandarin melainkan di China....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd