TINDAKAN bekas pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Farez yang menulis ketidakpuasan hati di atas keputusan tersingkir pada minggu ketiga diselar pengetua AF 2014, Datuk Hattan.
Hattan menasihati pelajar yang tersingkir jangan sesekali mudah melatah dan cepat menyerah kalah biarpun tersingkir awal daripada program realiti popular itu.
Ini gara-gara tindakan Farez yang meluahkan perasaan di laman Twitter mengenai penyingkirannya yang disifatkan sebagai tidak wajar.
“Bagi saya tak perlu nak beremosi, Farez boleh telefon saya kalau mahukan nasihat, bila-bila masa sahaja saya boleh bagi pendapat. Dia masih muda, banyak lagi yang perlu dia belajar, jangan bertindak mengikut emosi yang tak stabil,” katanya memetik portal Murai.
Ha, dengar tu Farez, daripada suarakan luahan perasaan anda tu, lebih baik terus fikirkan bagaimana cara-caranya kalau nak ‘survive’ dalam industri nyanyian tempatan. Kan lebih baik.. Tak gitu? – MYNEWSHUB
Oleh: AUDREY LEE

