• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP Pertahan Pesta Arak Oktoberfest Di Selangor!

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mempertahankan penganjuran pesta bertemakan arak Oktoberfest di Selangor kerana didakwa tidak menyalahi undang-undang.

Beliau mendakwa, program itu tidak wajar dilarang diadakan kerana ia dianjurkan oleh pihak swasta dan tidak melibatkan peserta beragama Islam.

Dakwa beliau, berdasarkan undang-undang, kaum bukan Islam Malaysia mempunyai hak untuk mengadakan program berasaskan arak seperti itu.

“Kebelakangan ini, pelbagai pihak menghangat-hangatkan isu “Oktoberfest” yang dianjurkan oleh syarikat Carlsberg yang dijalankan di seluruh Malaysia (bukan sahaja di Selangor).

“DAP Selangor ingin menetapkan bahawa program “Oktoberfest” tidak melibatkan peserta beragama Islam, ia tidak sepatutnya mengbangkitkan sebarang perasaan sensitif daripada rakyat beragama Islam,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tony mendakwa, masyarakat bukan Islam di Malaysia selalu menyambut hari kebesaran, sama ada harijadi atau hari raya, upacara perkahwinan atau kesyukuran dengan pelbagai jenis minuman yang berkandungan arak.

“Ia merupakan perkara kebiasaan dan bukannya kejadian yang memeranjatkan. Ia juga merupakan hak mereka yang dilindungi bawah kuasa undang-undang,” dakwanya.

Justeru, DAP Selangor mengucapkan selamat menyambut acara Oktoberfest kepada semua peserta program itu dan menasihatkan supaya semua pihak mematuhi undang-undang yang menjaga keselamatan orang ramai.

Pendirian itu bercanggah dengan desakan PAS Selangor semalam yang mahu kerajaan negeri membatalkan dan melarang penganjuran pesta arak Oktoberfest kerana tidak menjaga sensitiviti agama Islam dan boleh mengugat ketenteraman awam.

Ketua Penerangan PAS, Zaidy Abdul Talib dipetik berkata, agama Islam tiada menghalang penganut bukan Islam meminum minuman keras kerana ia merupakan hak mereka tetapi program minum arak secara besar-besaran tidak boleh diterima di Malaysia. – mynewshub.cc

Tags: arakDAP
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

Sokongan Terhadap PH, DAP Meningkat Selepas Sidang Khas RCI Tabung Haji?

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Sokongan rakyat khususnya orang Melayu terhadap Pakatan Harapan (PH) di platform media sosial dipercayai meningkat selepas sidang...

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

Mohamad Sabu Dakwa Fahaman Ekstrem Kanan Kembali Selepas DAP Muncul Hebat

11/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Mohamad Sabu mendakwa fahaman ekstrem kanan yang berbahaya kepada negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd