Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Detik Hitam Buat Negara

Dari Facebook Najib RazakKP Kesihatan kata jumlah kematian 98 orang akibat Covid semalam...

Saya Bukan Klon Stacy...

KUALA LUMPUR - Hampir setahun menyepikan diri, kemunculan semula juara Mentor Milenia 2017,...

25 Warga Asing Termasuk...

BUTTERWORTH - Seramai 25 warga asing termasuk tiga wanita ditahan dalam Ops Bersama...

Mira Filzah Wujud Biasiswa...

PRIHATIN... Aktres comel, Mira Filzah mencatat sejarah apabila berjaya mewujudkan biasiswa Mira Filzah...

Pengganti Steve Jobs, Tim Cook Bangga Jadi GAY

Berita hangat lagi menggemparkan apabila seorang jutawan ternama mendedahkan perasaan seksualiti sebenar dirinya baru-baru ini kepada umum.

Terbaharu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Apple, Tim Cook dengan berani mengaku bahawa dirinya adalah seorang gay menerusi sebuah artikel dalam BusinessWeek.

Memetik petikan dalam BusinessWeek, Cook berkata;

“Walaupun saya tidak pernah menafikan seksualiti saya, saya belum terbuka mengakuinya, sampailah sekarang. Jadi biarlah saya jelaskan di sini: Saya bangga menjadi gay, dan saya anggap menjadi gay di antara hadiah yang paling besar Tuhan telah berikan kepada saya.”

tim-cook-quote-2

Pendedahan ini menjadi kontroversi hinggakan MENJADI tajuk utama saluran Bloomberg “CEO APPLE TIM COOK MENGAKU BANGGA MENJADI SEORANG GAY.”

Beliau seterusnya menjelaskan dalam artikel tersebut dengan berkata;


“Menjadi gay telah memberi saya pemahaman yang lebih mendalam tentang apa perasaan pabila berada dalam golongan minoriti dan membuka jendela ke cabaran orang-orang dalam kumpulan minoriti yang lain tangani setiap hari. Ia membuatkan saya lebih berempati, yang telah membawa kepada kehidupan lebih kaya. Ia sukar dan tidak selesa pada masa-masanya, tetapi ia telah memberikan saya keyakinan untuk menjadi diri sendiri, untuk mengikuti jalan sendiri, dan untuk naik di atas kesulitan dan ketaksuban. Ia juga memberikan saya skin of a rhinoceros, yang sangat berguna apabila anda adalah CEO Apple.”

article-2761791-217D33A800000578-867_634x475

Bagaimanapun, setelah berita panas ini diluahkan, ramai yang memberi pelbagai komen di laman Facebook dan yang menarik perhatian ialah ada yang memberi komen;

“Tidak hairanlah iPhone bengkok. CEO nya tidak lurus (not straight)!”

Sememangnya Apple adalah suatu revolusi teknologi yang mengagumkan, namun siapa sangka di sebalik kejayaan barangan itu ada sesuatu  kelainan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK BUNGA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori