Tuesday, December 5, 2023

Creating liberating content

10 Lelaki Lagi Ditahan...

SUNGAI PETANI - Polis menahan 10 lagi lelaki yang dipercayai terlibat menimbulkan kekecohan...

Kabinet Restu FELDA Ambil...

KUALA NERUS - Kerajaan merestui cadangan FELDA untuk mengambil semula 350,000 hektar ladangnya...

RM298 Juta Atasi Gangguan...

KOTA KINABALU : Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memperuntukkan RM298 juta untuk menyelesaikan...

Pesawat MiG-21 Terhempas Ketika...

NEW DELHI : Sebuah pesawat MiG-21 milik Tentera Udara India (IAF) terhempas di...

Cemas, Bila Kepala Budak 4 Tahun Tersepit Di Antara Besi Katil!

Kelakuan dan gelagat kanak-kanak sememangnya suatu perkara yang tidak boleh kita jangka, lagi-lagi pada usia sebegini tumpuan utama dunia mereka hanyalah mahu bermain sahaja.

Inilah yang berlaku pada seorang kanak-kanak yang leka bermain hingga kepala tersepit di antara besi katil dua tingkat di rumahnya di Lorong Solok Tambak, Balai Panjang, Melaka.

Kejadian yang berlaku kira-kira 3 petang itu disedari oleh ibu mangsa selepas mendengar tangisan anaknya. Dia cuba merenggangkan besi namun tidak berjaya hingga akhirnya terpaksa meminta bantuan bomba.

Kanak-kanak lelaki tersebut yang berusia empat tahun dikatakan sedang meniti atas besi katil sebelum terjerlus dan lehernya tersangkut di celahnya.


Memetik petikan Harian Metro, Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3 petang dan tiba di lokasi 17 minit kemudian.

“Ketika sampai di lokasi, kanak-kanak lelaki berusia empat tahun sedang menangis kerana tersepit di antara besi katil dua tingkat dalam keadaan berdiri.

“Mangsa berjaya diselamatkan kurang 10 minit apabila anggota menggunakan Bolt Cutter untuk memotong besi katil,” katanya lagi. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori