• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CarJen Food Sasar Jualan Produk Makanan Segera RM5j Tahun Depan

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Syarikat pengeluar makanan, CarJen Food Sdn Bhd menyasarkan peningkatan jualan pelbagai produk makanan ringan bernilai RM5 juta menjelang hujung tahun depan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Sukumaran Nair berkata sasaran itu disokong dengan pengeluaran produk terbaharu syarikat iaitu mi segera CarJen Kari Laksa Nyonya yang mula dipasarkan minggu ini.

“Sebanyak 200,000 karton mi segera ini telah dipasarkan di beberapa pasar raya di Melaka dan dijangka diperluas secara berperingkat ke seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran produk itu bersempena lawatan Menteri Alam Sekitar, Sumber Asli, Perancangan Fizikal dan Perikanan Comonwealth of Dominica Dr Kenneth Darroux di Kawasan Perindustrian Cheng, di sini hari ini.

Beliau berkata syarikat itu sebelum ini mencatatkan jualan sekitar RM3.5 juta setahun menerusi produk mi segera Mi E-Zee dan E-Mi serta keropok jenama J.J.

Syarikat juga menerima tempahan bernilai RM1.5 juta untuk produk Kari Laksa Nyonya dari syarikat pengedar di China, Taiwan dan Singapura, katanya menambah syarikat itu turut mengeluarkan mi segera untuk beberapa jenama lain.

Sementara itu, beliau berkata syarikat berkenaan dipelawa membuka sebuah kilang di Commonwealth of Dominica bagi meluaskan pasaran produknya di luar negara.

“Ini masih dalam peringkat perbincangan dan jika berjaya ia akan menjadi laluan mudah untuk menembusi lebih banyak pasaran rangkaian produk makanan segera,” katanya. – BERNAMA

Tags: produk
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

Kerajaan Perlu Kawal Produk Berasaskan Bahan Kimia

12/06/2023
0

PUTRAJAYA – Pusat Racun Negara (PRN) menggesa kerajaan agar mewujudkan kawalan terhadap produk berasaskan bahan kimia yang digunakan di rumah...

Jangan Beli, Ambil Produk Skinny Lolita, Xtreme Candy – KKM

06/09/2019
0

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai tidak membeli atau mengambil produk Skinny Lolita dan Xtreme Candy yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd