• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cadangan Kenaikan Tambang Bas Ekspres Diserah Kepada K’jaan

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan kepada kerajaan permintaan pengusaha bas ekspres untuk menaikkan tambang bas sehingga 30 peratus.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata permintaan pengusaha bas itu wajar berikutan peningkatan kos yang ditanggung dan menyerahkan kepada kerajaan untuk menimbangkannya.

“Kami fikir permohonan itu munasabah oleh kerana keperluan yang mendesak.

Kita sudah membuat syor kepada kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran penjenamaan semula pakaian seragam pemandu bas ekspres Mutiara di sini, hari ini.

Syed Hamid berkata SPAD cuma menunggu keputusan muktamad daripada kerajaan untuk mengumumkannya kepada pengusaha bas ekspres.

“Saya harap kerajaan akan membuat keputusan secepat mungkin. Saya fikir apa yang pasti diteliti kerajaan tentulah tidak membebankan rakyat selain mengelak timbul masalah lain,” katanya.

Syed Hamid juga berkata pengusaha dan pengendali bas ekspres Pantai Timur yang beroperasi di Hentian Putra Kuala Lumpur sudah diarah berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan berkuatkuasa 1 Disember ini.

Katanya TBS mempunyai kapasti yang mencukupi untuk menampung keperluan jumlah bas Pantai Timur selain mempunyai pelbagai kemudahan serta mampu memberi keselesaan kepada pengguna.

Syed Hamid berkata SPAD juga menggalakkan kerjasama dan penglibatan syarikat persendirian untuk membina terminal di lokasi yang sesuai di negeri
masing-masing. – BERNAMA

Tags: bas ekspresSPAD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd