Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Ada Individu Beri Sumbangan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memaklumkan ada individu menyumbang sebanyak...

Pemasangan 8,000 Lampu Jalan...

SUNGAI PETANI - Pemasangan 8,000 unit lampu jalan kampung di 15 kawasan Parlimen...

Sukan Para Asia 2018...

JAKARTA - Sukan Para Asia 2018 ditutup penuh meriah malam ini, yang selama...

7 Tips Untuk Kurangkan...

Majlis perkahwinan sememangnya merupakan majlis penting dalam masyarakat Melayu.Tidak ada bakal pengantin yang...

BR1M Tidak Tambah Kadar Defisit Negara

KUALA LUMPUR – Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak meningkatkan kadar defisit negara walaupun jumlah penerima dan nilai bantuan itu meningkat setiap tahun, Persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata malah kadar defisit negara berkurangan sejak BR1M diperkenalkan pada 2012, dan dijangka mencecah kadar tiga peratus pada 2015.

Beliau berkata penerima BR1M pada 2012 adalah seramai 4.2 juta dan dijangka meningkat kepada 7.1 juta tahun depan, iaitu peningkatan 73 peratus.

Selain itu, katanya nilai bantuan juga meningkat 160 peratus iaitu RM2.1 bilion pada 2012 kepada RM5.2 bilion bagi tempoh yang sama.

“Kerajaan sentiasa menilai kedudukan fiskal dan kedudukan kewangan negara apabila memberi bantuan-bantuan yang diumumkan,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir (BN-Kulim Bandar Baharu) yang bertanya mengenai mekanisme kerajaan dalam memastikan pemberian BR1M tidak menjadi beban kepada negara pada masa depan.

Kadar defisit fiskal negara berkurangan daripada 4.5 peratus pada 2012 kepada empat peratus pada 2013, dan dijangka terus menurun kepada 3.5 peratus tahun ini.


Menjawab soalan tambahan Dr Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) mengenai langkah mengelakkan penyelewengan dalam pengagihan wang BR1M, Chua berkata pemilihan penerima dibuat mengikut kriteria yang ditetapkan.

“Kerajaan telus bantu sesiapa sahaja. Jumlah yang diluluskan juga dinilai serta dikaji setiap tahun,” jelasnya.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Abdul Aziz mengenai peruntukan pemberian BR1M  tahun ini dan pecahan mengikut negeri, Chua berkata sebanyak tujuh juta penerima menikmati bantuan itu dengan peruntukan RM3.7 bilion.

Selangor merupakan negeri yang mempunyai bilangan penerima tertinggi BR1M 2014 dengan peruntukan sebanyak RM413 juta melibatkan 986 penerima, diikuti Johor dan Sarawak. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • BR1M

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori