• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, September 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bos F1 Tuntut Siasatan Dan Laporan Penuh Insiden Bianchi

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Bos Formula Satu (FA), Jean Todt meminta laporan penuh berhubung insiden pelanggaran sehingga pemandu Marussia, Jules Bianchi kini dalam keadaan kritikal di hospital di Jepun untuk hari kedua sejak Ahad lalu.

Pengarah perlumbaan FIA, Charlie Whiting sedang mengumpul maklumat dan dia dijangka akan mengemukakan laporan penyiasatan berkenaan kepada Todt sebelum Grand Prix Russia, Ahad ini.

Jurucakap FIA berkata penyiasatan terperinci itu membabitkan memeriksa beberapa sumber untuk tujuan mengumpul maklumat sebelum laporan lengkap dan menyeluruh dapat dikemukakan kelak.

[BACA: Video: Saat Jentera F1 Bianchi Merempuh Traktor Di Jepun]

Ia bertujuan untuk memahami secara tepat kenapa kemalangan itu berlaku.

Bianchi, pemandu berusia 25 tahun dari Perancis yang mewakili pasukan berpangkalan di Britain itu masih kekal di unit kawalan rapi di Yokkaichi, Jepun selepas menjalani pembedahan ke atas kepala yang mengalami kecederaan serius.

Ini berikutan pelanggaran yang berlaku pada Grand Prix Jepun, Ahad lalu membabitkan jentera dipandu Bianchi dengan traktor pada babak-babak terakhir perlumbaan 53 pusingan itu di Litar Suzuka.

Kebetulan kenderaan berkenaan membantu pemandu Sauber, Adrian Sutil yang terbabas di litar pada pusingan terdahulu. – Mail Online

Tags: F1
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

“Semalam Dia ‘Claim Credit’ Seolah-Olah Dia Seorang Yang Kembalikan F1”

28/07/2026
0

ALAM - "Semalam (kelmarin) dia 'claim credit' 'seolah-olah dia seorang sahaja yang telah mengembalikan F1" Demikian sindiran Ahli Jawatankuasa Pemuda...

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

Diplomasi Diraja Tuanku Agong Jadi Pemangkin Bahrain Pilih Malaysia Sebagai Tuan Rumah F1

27/07/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia dipilih sebagai lokasi penganjuran Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026 didorong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd