• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Selesai Bina 20 Rumah Baharu Untuk Mangsa Kebakaran

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah selesai membina 20 rumah untuk mangsa kebakaran di bawah program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ketujuh (NBOS7) di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Datuk Amer Yusof berkata rumah itu merupakan sebahagian daripada projek pembinaan 32 buah rumah NBOS7 dengan peruntukan RM1.26 juta daripada kerajaan.

“Baki 12 buah rumah lagi sedang dalam pembinaan dan dijangka siap akhir tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Rumah Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar NBOS7 di sini hari ini.

Majlis yang disempurnakan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menyaksikan seorang ibu tunggal Jamilah Omar, 66, menerima rumah baharu bagi menggantikan rumahnya yang terbakar pada September tahun lepas.

Amer berkata pihaknya meluluskan empat permohonan pembinaan rumah baharu kepada mangsa kebakaran di negeri Melaka pada tahun ini melibatkan peruntukan sebanyak RM148,000.

Kos membina sebuah rumah di Semenanjung berjumlah RM37,000 manakala RM47,000 di Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

Tags: BombaRumah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

Jadikan Kawasan Rumah YB Dahulu Sebagai Projek Permulaan – Akmal Saleh

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis mencadangkan projek penternakan babi dibuat di kawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd