• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pekerja Resort Dihukum Gantung Bunuh Isteri Majikan

oleh Ahmad Albab
25/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Seorang bekas pekerja resort di Pulau Pangkor hari ini dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh pengurusnya, enam tahun lepas.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abdul Ghani membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh, Hamzah Osman, 24, di akhir kes pembelaan.

Hamzah didakwa membunuh pengurusnya yang juga isteri kepada pemilik resort, Norazudah Iden, 31, di bilik 202, Suria Beach Resort, Teluk Nipah, Pulau Pangkor pada 1 pagi, 18 Ogos 2008 dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Zainal Adzam dalam penghakimannya berkata pembelaan tertuduh hanyalah penafian semata-mata dan tiada apa-apa nilai keterangan.

“Pemergian tertuduh dari Pangkor atau tempat kejadian dengan tergesa-gesa pada waktu Subuh dengan menuju ke seberang (tanah besar) dan kemudian ke Johor, merupakan antara keterangan mengikut keadaan yang relevan terhadap tertuduh,” katanya.

Mengenai penemuan DNA tertuduh pada puntung rokok yang ditemui dalam bilik si mati, Zainal Adzam berkata dalam kes itu, penjelasan tertuduh bahawa dia adalah perokok dan sentiasa membuang puntung rokok di merata-rata adalah tidak munasabah dan tidak masuk akal.

“Tertuduh sebagai orang yang bertanggungjawab mencuci dan membersih  bilik di resort berkenaan sudah tentu tidak akan membuang puntung rokok di dalam bilik yang telah dikemasnya,” kata beliau.

Mengenai keterangan penjualan barangan kemas si mati oleh tertuduh di sebuah kedai emas di Johor, hakim berkata penjelasan tertuduh bahawa ia milik teman wanitanya, merupakan kenyataan kosong tanpa apa-apa nilai bukti.

“Keterangan pihak pendakwaan mengenai barang-barang itu disokong oleh bukti yang meyakinkan,” kata Zainal Adzam yang akan bersara daripada badan kehakiman mulai hari ini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffery Ong dan tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.

Sementara itu, Naran ketika ditemui pemberita berkata pihaknya akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Sebanyak 20 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan manakala pembelaan
hanya mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh sendiri.- BERNAMA

Tags: hukum gantung
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

Adik Ipar, Isteri Bunuh Suami OKU Dihukum Gantung

Adik Ipar, Isteri Bunuh Suami OKU Dihukum Gantung

21/09/2023
0

SHAH ALAM : Tindakan kejam seorang wanita berkomplot bersama adik lelakinya bagi membunuh suami sendiri yang merupakan Orang Kurang Upaya...

Iran Hukum Gantung 5 Lelaki Kerana Merogol

Iran Hukum Gantung 5 Lelaki Kerana Merogol

09/08/2023
0

TEHRAN: Lima lelaki dihukum gantung, hari ini, selepas disabitkan kesalahan merogol seorang wanita secara berkumpulan di barat laut negara itu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd