• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Air Dijangka Pulih Pagi Esok – Syabas

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekalan air di beberapa kawasan di Lembah Klang yang terjejas akibat pencemaran air mentah di Sungai Selangor, dijangka pulih 8 pagi esok.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas Priscilla Alfred Dharan berkata bagaimanapun, pemulihan bekalan bagi pengguna di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan akan berlaku secara berperingkat dalam tempoh tiga hari.

Beliau berkata proses pemulihan bekalan tidak dapat dipercepatkan memandangkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif di samping rezab simpanan air yang kecil.

Bagaimanapun, katanya, bagi mengurangkan kesulitan pengguna, bekalan air melalui lori tangki telah digerakkan bagi mengagihkan bekalan air kecemasan.

“Keutamaan akan diberi kepada pengguna kritikal seperti hospital dan pusat dialisis. Pengguna diminta menggunakan bekalan air kecemasan sebaik mungkin dan untuk keperluan yang utama sahaja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini dilapor beberapa loji rawatan air (LRA) ditutup sejak 8 malam semalam berikutan berlakunya pencemaran air mentah di Sungai Selangor akibat tumpahan cecair hidrolik.

Priscilla berkata penutupan selama 12 jam ke empat LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang yang membekalkan sekitar 60 peratus keperluan bekalan air terawat di Lembah Klang itu, telah mengurangkan bekalan air ke kawasan yang terjejas.

Beliau berkata penutupan itu sekali gus menyebabkan beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Klang, Shah Alam, Petaling, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor mengalami terputus bekalan dan tekanan rendah tidak berjadual.

Menurutnya, Syabas telah dimaklumkan bahawa Lembaga Urus Air Selangor akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam pencemaran ini. – BERNAMA

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd