• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bawa Pihak Bertanggungjawab Ke Muka Pengadilan Tugas A’bangsa

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tugas untuk mengesan dan membawa ke muka pengadilan pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, adalah tanggungjawab antarabangsa, kata Presiden Ploughshares Fund, yayasan keselamatan global, Joseph Cirincione.

“Jelas ini adalah tugas antarabangsa … kerajaan Malaysia telah berikrar untuk menyiasatnya hingga ke akar umbi, melakukan penyiasatannya sendiri (dan) untuk menyiasatnya secara terperinci dan menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Forum Hal Ehwal Antarabangsa bertajuk ‘The Crisis in Ukraine and Emerging Geo-Political Issues’ anjuran Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis) di sini hari ini.

Katanya Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara Eropah juga berikrar untuk mencari pihak yang bertanggungjawab menembak jatuh Penerbangan MH17.

“Mungkin pihak yang melepaskan tembakan peluru berpandu itu tidak tahu apa yang mereka tembak, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan.

“… dan saya percaya orang yang melepaskan tembakan itu patut dipertanggungjawabkan sepenuhnya,” kata Cirincione, yang juga anggota Lembaga Penasihat Keselamatan Antarabangsa Setiausaha Negara AS John Kerry dan anggota Majlis Hubungan Luar AS.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal. Pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh di negara bergolak itu.

Selain warga Malaysia, penumpang pesawat itu juga terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.

Daripada 44 warga Malaysia yang terkorban dalam nahas itu, jenazah 42 daripadanya telah dibawa pulang ke tanah air, setakat ini. – BERNAMA

Tags: MH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

MH17: 2 Warga Rusia, Seorang Warga Ukraine Dihukum Penjara Seumur Hidup

18/11/2022
0

Amsterdam : Mahkamah Daerah The Hague, semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas dua warga Rusia dan seorang warga...

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

Keputusan Perbicaraan MH17 Pukul 8.30 Malam Ini Waktu Malaysia

17/11/2022
0

AMSTERDAM : Waris mangsa tragedi MH17 mahu pesalah diekstradisi dan menerima hukuman setimpal, selain menuntut mahkamah memperjelaskan peranan Russia dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd