• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bapa Bunuh Anak Kerana Kurang Ajar

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Seorang bapa menikam mati anak perempuan yang berusia 24 tahun sebanyak 13 kali pada bahagian leher selepas remaja itu dikatakan tidak menghormatinya, lapor MailOnline semalam.

Lelaki yang berasal dari Kuwait itu, Faleh Ghazi Albasman (gambar), 59, membawa anaknya, Mashael Albasman ke London pada tahun 2013 untuk menyambung pelajaran dalam bidang bahasa Inggeris. Mereka berdua tinggal di sebuah flat di Bournemouth.

Albasman mengaku dia berada dalam keadaan marah semasa dia menyerang anaknya itu.

“Dia tidak hormat saya dan meminta saya supaya pulang ke negara asal. Kemarahan saya memuncak apabila dia berkata demikian sambil berbual di te­lefon bimbit.

“Sikapnya itu dianggap tidak sopan dalam budaya saya… lalu saya menikamnya pada bahagian leher,” katanya ketika sesi pendengaran kes di Mahkamah Winchester Crown baru-baru ini.

Mahkamah turut diberitahu, dia ada menyatakan kepada seorang doktor yang merawat anaknya bahawa tindakan tersebut kerana mempertahankan ma­ruahnya.

Sementara itu, pakar psikiatri forensik, Dr. El-Khayad yang memberi kenyataan dalam kes itu berkata, Albasman pernah terlibat di dalam kemalangan jalan raya ketika dia berusia 20 tahun.

Kejadian itu menyebabkan dia berada di dalam keadaan koma kerana cedera pada bahagian otak dan mungkin memberi kesan ketika membuat sesuatu pertimbangan.

Sehubungan itu, Hakim Nigel Teare tidak menjatuhkan hukuman penjara sebaliknya mengarahkan lelaki itu menjalani rawatan mental di sebuah hospital. – Agen

 

Tags: Bapakes bunuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd