• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balik Sekolah Agama Bermesra Dengan Anjing, Ini Yang Kita Mahu?

oleh AK-47
25/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Belum habis lagi isu sentuh anjing.

Bukan bermakna mahu panjangkan kontroversi bertitik tolak daripada penganjuran program ‘I Want To Touch A Dog’ yang menimbulkan polemik satu negara, tapi impak negatif program seumpama itu terlalu membimbangkan.

Bayangkan, sebelum diajar bermesra dengan anjing pun, sudah tersebar gambar menunjukkan anak-anak orang Islam dipercayai di Johor, berebut-rebut sentuh anjing. Ironinya, kanak-kanak ini memakai uniform baju sekolah agama ketika melakukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siasat Murid Sekolah Agama Belai Anjing

Jika ketakutan terhadap anjing yang mahu dihapuskan sebagai mana diuar-uarkan menjadi motif utama penganjuran program tempoh hari, lihatlah hasilnya apabila ‘ketakutan’ itu tiada lagi di hati generasi muda Islam!

Ketakutan terhadap anjing yang ingin dihapuskan itu sebenarnya, merujuk kepada sikap taboo penganut Islam yang membenci anjing kerana menganggap haiwan itu kotor, berdosa dan tidak salah dicederakan.

Namun, penganjuran program serupa IWTTAD tempoh hari nyata contoh jelas apa yang dimaksudkan oleh Islam, matlamat tidak menghalalkan cara.

johor (1)

Daripada posting dilakukan pemilik Facebook yang menyebarkan gambar murid sekolah agama memegang anjing ini dapat dilihat, individu dipercayai bukan Islam meluahkan perasaan ‘blessed’ atau bersyukur melihat anak-anak Islam bermesra dengan anjing.

Begitu pun bukan salahnya seratus peratus kerana penganut Islam juga ramai yang terkeliru dengan hukum hakam agama sendiri apabila menganggap sentuh anjing tak salah walau pun untuk suka-suka asalkan selepas itu sertu.

KLIK UNTUK BACA TINDAKAN MELAMPAU PERSENDA ISLAM DENGAN MEMAKAIKAN ANJING SERBAN DAN JUBAH!!

Jadi selepas kontroversi hebat berikutan program IWTTAG tempoh hari, diharapkan semua orang jelas sekarang bahawa menyentuh dan memegang anjing bertentangan dengan fahaman majoriti umat Islam di negara ini yang berpegang kepada mazhab Imam Shafie.

Dalam erti kata lain, berdosa kalau saja-saja pegang anjing apatah lagi bermesra dan menjadikannya haiwan peliharaan. Noktah.

Tak perlu dipertikaikan lagi hukum hakam ini kerana ia suduh diputuskan oleh Muzakarah Fatwa Kebangsaan, semalam.

Berkaitan gambar di atas yang didakwa anak-anak Islam baru balik sekolah agama pegang anjing; perkara sudah pun berlaku.

Diharapkan kanak-kanak yang masih suci ini dikenal pasti dan diajarkan sertu, kemudian diberikan penjelasan tentang hukum hakam agama yang betul agar mereka tidak ikut keliru seperti segelintir dewasa Islam negara ini. – mynewshub.cc

REM RAMZI/MYNEWSHUB

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pentahbisan Kuil Berusia 191 Tahun Akhirnya Berjaya Direalisasikan – Lingeshwaran

Pentahbisan Kuil Berusia 191 Tahun Akhirnya Berjaya Direalisasikan – Lingeshwaran

21/06/2026
0

GEORGE TOWN – Selepas 24 tahun, upacara 'consecration' (pentahbisan) Kuil Sri Krishna Kunj Bihari Mandir di bawah Lembaga Wakaf Hindu...

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

Adly Zahari Nafi Dakwa Orang Melaka Tidak Suka Orang Johor

21/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly ZaharI menafikan beliau mendakwa rakyat Melaka tidak suka kepada rakyat Johor....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd