• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2015: Bantuan Persekolahan RM100, Baucar Buku RM250

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan RM100 kepada setiap pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada setiap pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan itu yang akan disalurkan mulai Januari 2015 kepada seramai 5.4 juta pelajar.

“Sebagai langkah meringankan beban perbelanjaan awal persekolahan yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga pelajar khususnya golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan meneruskan bantuan persekolahan,” katanya ketika membentangkan “Bajet 2015:Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat hari ini

Ia adalah tahun keempat kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut.

Najib berkata kerajaan juga bersetuju meneruskan pelaksanaan Program Baucar Buku 1Malaysia itu bagi tujuan pembelian buku rujukan dan peralatan pengajian yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta pelajar.

“Program ini diperuntukkan sejumlah RM325 juta,” katanya.

Program Baucar Buku 1Malaysia kepada setiap pelajar prauniversiti dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu, mula diperkenalkan pada Bajet 2012. – BERNAMA

Tags: Bajet 2015
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bajet 2015: Elaun Anggota Parlimen Naik, Kenaikan Menteri Ditangguh

Next Post

Bajet 2015: LGM Peruntuk RM100 Juta Laksana Kawal Selia Harga

Related Posts

Peruntukan Lebih RM1.5b Tingkat Taraf Isi Rumah B40

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan memperuntukkan lebih RM1.5 bilion bagi meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dalam Bajet...

Bajet: Intipati Laporan Ekonomi 2015/2016

23/10/2015
0

KUALA LUMPUR - Berikut ialah intipati Laporan Ekonomi 2015/2016 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri,...

Next Post

Bajet 2015: LGM Peruntuk RM100 Juta Laksana Kawal Selia Harga

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd