Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Orang Asli Bertindak ‘Berani...

GUA MUSANG - Orang Asli di Kampung Kaleg, Pos Tohoi, di sini, melakukan...

USIM Kuatkuasa Larangan Penggunaan...

NILAI - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menguatkuasakan larangan penggunaan rokok elektronik...

Nazri Aziz Dilantik Duta...

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan...

Mayat Bayi Harum Biarpun...

Seorang pengawal keselamatan sebuah kondominium mewah di Taman Melati di ibu negara yang...

Bajet 2015: Peruntukan RM262J Untuk Kawal Harga Barang

KUALA LUMPUR – Kerajaan memperuntukkan RM262 juta bagi membiayai kos pengangkutan dan penguatkuasaan kawalan harga barangan keperluan harian terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha tersebut bertujuan untuk menyeimbangkan harga barang keperluan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Kerajaan amat mementingkan kesejahteraan rakyat, terutama yang melibatkan aspek kos sara hidup seharian mereka,” katanya ketika membentangkan “Bajet 2015: Ekonomi Keperluan Rakyat” di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Bagi memperkukuh rantaian bekalan makanan di Sabah dan Sarawak, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan memperuntukkan RM70 juta subsidi padi bukit.

“Bantuan yang julung kali diperkenalkan itu akan memberi manfaat kepada kawasan penanaman seluas 76,000 hektar,” katanya.

Bagi meningkatkan akses kesihatan Sabah dan Sarawak, Najib berkata kerajaan akan membina klinik kesihatan baharu di Tenom, Sabah dan Lubok Antu, Sarawak dan menaik taraf kemudahan di Hospital Tawau, Sabah.

“Kerajaan akan menyediakan perkhidmatan perubatan nuklear dan radioterapi bagi merawat pesakit kanser di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Likas, Sabah,” katanya.


Selain itu, Najib berkata kerajaan akan membuka dua buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan tiga buah lagi di Sarawak. Ini menjadikan jumlah di Sabah sebanyak 16 buah dan 19 buah di Sarawak.

“Sesungguhnya, agenda pembelaan nasib rakyat di Sabah dan Sarawak, ‘Agi Idup Agi Ngelaba’, akan tetap kita perjuangkan,” katanya.

Sementara itu, Najib berkata kerajaan akan membina Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 1,663 kilometer melibatkan jajaran Sarawak sepanjang 936 kilometer dan jajaran Sabah sepanjang 727 kilometer dengan kos pembinaan RM27 bilion.

Selain itu, beliau berkata menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)kerajaan akan membina sebuah Pusat Transformasi Bandar (UTC) mini dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) mini, masing-masing di Sabah dan Sarawak bagi memudahkan urusan masyarakat di pedalaman dan bandar.

“Kerajaan sentiasa mengambil berat dan amat prihatin dalam membangun dan membela nasib rakyat di Sabah dan Sarawak dalam agenda pembangunan negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori