Saturday, February 24, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Mekanik, Miliki...

BESUT – Seorang mekanik yang mempunyai empat rekod jenayah akhirnya berjaya ditangkap pihak...

‘Cuti Umum Esok Akan...

Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming membidas keputusan Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim...

Penerima Sinovac Boleh Ambil...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memutuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak...

Tragedi Deepavali.. Remaja India...

Malang tidak berbau, itu ungkapan bagi mengambarkan kejadian tragis seorang remaja lelaki apabila...

Bajet 2015: LGM Peruntuk RM100 Juta Laksana Kawal Selia Harga

KUALA LUMPUR – Lembaga getah Malaysia (LGM) akan memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ia bertujuan untuk melindungi pekebun kecil daripada mengalami kerugian terutamanya sewaktu harga pasaran dunia lebih rendah daripada harga minimum yang ditetapkan, kata beliau semasa membentangkan Bajet 2015, bertemakan ‘Ekonomi Keperluan Rakyat’ di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata LGM juga akan menyediakan pinjaman mudah berjumlah RM6.4 juta sebagai modal kerja kepada 64 koperasi pekebun kecil untuk membeli getah terus daripada kira-kira 442,000 pekebun kecil getah di seluruh negara.

Baru-baru ini, kerajaan telah memberikan bantuan khas sebanyak RM500 kepada pekebun kecil getah yang terjejas akibat kejatuhan harga getah.


“Bagi pekebun kecil kelapa sawit, kerajaan akan terus menyediakan insentif untuk penanaman baharu dan penanaman semula dengan peruntukan sebanyak RM41 juta.

“Di samping itu, pengecualian duti eksport minyak sawit mentah atau MSM akan dilanjutkan sehingga Disember 2014,” kata beliau – BERNAMA.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori