• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASP Polis Dituduh Minta Dan Terima Rasuah

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah daripada orang awam pada 2011.

Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Zaharuddin Zainal Abidin, 46, didakwa meminta suapan RM10,000 daripada Tan Ah Eng sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas Tan kerana menganjurkan judi haram di Simpang Empat dekat sini.

Tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Turus D7 (Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap) di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis didakwa melakukan kesalahan itu di bilik nombor 237 Hotel Putra Palace di sini pada Mac 2011.

Pertuduhan kedua, dia didakwa memperoleh wang tunai RM4,000 daripada Tan di bilik nombor 237 Hotel Putra Palace di sini pada Mac 2011.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi.

Bagi pertuduhan pilihan yang didakwa berlaku di tempat dan masa yang sama, Ahmad Zaharuddin dituduh menerima wang tunai RM4,000 dengan tiada balasan daripada Tan, yang diketahui mempunyai hubungan dengan kerjanya sebagai Ketua Cawangan D7.

Dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Rosli Osman menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Nov tarikh sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM A Hafiizh Abu Bakar dan  Mukhriz Mat Rus manakala tertuduh diwakili peguam Firuz Jaffril. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

8 GAMBAR : Bilik Darjah Dibakar, Diconteng Pelajar Gangster

Next Post

Anjing Sajian Utama Festival Paling Kontroversi Di China

Related Posts

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

Rasuah RM200,000: Ahli Perniagaan, ADUN Bergelar Datuk Selesai Beri Keterangan

18/06/2025
0

Kuala Lumpur: Dua individu bergelar datuk termasuk seorang ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah...

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

Rasuah Lebuh Raya: SPRM Guna Pasukan Taktikal, Syak Wujud Bilik Rahsia Simpan Senjata Di Kediaman Tan Sri

12/06/2025
0

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggunakan bantuan anggota pasukan taktikal Anti Corruption Tactical Squad (ACTS) dalam proses merakam...

Next Post

Anjing Sajian Utama Festival Paling Kontroversi Di China

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd