Tuesday, February 27, 2024

Creating liberating content

Padah Berani Sangat Acu...

SERI MANJUNG - Seorang pemandu lori mengacukan parang kepada polis yang mengejarnya selepas...

Kayuh Basikal Dari China...

TAIF - Seorang lelaki warga China tiba di bandar ini selepas mengayuh basikalnya...

Operasi Tren Kembali Seperti...

KUALA LUMPUR ​​​​​- Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah kembali...

Kemenangan Jun Hoong Kebanggaan...

SUNGKAI - Kejayaan penerjun negara Cheong Jun Hoong meraih pingat emas di Kejohanan...

Asiad: Keputusan Rayuan CAS Diketahui Petang Ini

INCHEON – Keputusan rayuan berhubung penarikan balik pingat emas kontinjen negara dalam acara wushu akan diketahui petang ini, kata ketua kontinjen negara, Datuk Daniyal Balagopal Abdullah.

Sesi pendengaran jawatankuasa sementara Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) diadakan di Hotel Oakwood di sini pada pukul 10.30 pagi ini.

Menurut Daniyal, beliau dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abdul Aziz hadir untuk memberi pandangan secara lisan dan bertulis kepada pihak CAS.

“Kami telah memberitahu CAS bahawa kami tidak bersetuju dengan prosedur yang dijalankan dan meragukan.

“Kami tidak mahu bercakap sangat pasal keputusan sampel A, cuma mahu mencabar tindakan berkaitan prosedur yang dijalankan hingga perlu menunggu selama 16 jam,” katanya ketika ditemui hari ini.

Menurut Daniyal, semasa perjumpaan itu pihak penganjur juga bersetuju bahawa prosedur tersebut agak lambat namun seperti memperkecilkan perkara itu dengan mengatakan bahawa ia ‘perkara kecil’.


“Sekarang terpulang kepada CAS dan akan mengemukakan pandangan kepada Majlis Olimpik Asia (OCA) sama ada perlu atau tidak pingat emas ditarik balik,” katanya.

Beliau berkata pihaknya akan menerima apa sahaja keputusan dan pandangan daripada CAS yang akan diketahui petang ini.

Selasa lepas, OCA memutuskan untuk menarik balik pingat emas Cheau Xuen yang dimenangi dalam acara gabungan nanquan dan nandao selepas atlet berkenaan gagal dalam ujian doping.

Menurut kenyataan penganjur, ujian sampel air kencing Cheau Xuen yang dibuat pada 20 Sept lepas selepas pertandingan mendapati ia mengandungi Sibutramine iaitu bahan terlarang dalam senarai larangan Agensi Antidoping Sedunia (WADA).

Sebagai rekod, pada Sukan Asia Busan 2002 satu kes membabitkan atlet Malaysia positif dadah apabila tiga pemain sepak takraw Firdaus Abdul Ghani, Hanif Azman dan Aznan Raslan dihantar pulang selepas didapati positif morfin dan digantung dua tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori