Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Muhyiddin Mohon Lepas Tanpa...

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon agar beliau...

Pemandu Bas Didakwa Bunuh...

SEREMBAN - Seorang pemandu bas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini...

Mahkamah: Penganggur Hina Agama...

KOTA BHARU – Perbuatan seorang penganggur yang memuat naik video menghina agama Islam...

Masjid Digesa Tidak Hanya...

KUANTAN - Semua masjid di Pahang digesa meningkatkan taraf ekonomi sendiri tanpa bergantung...

AirAsia Buat Laporan Polis Sindiket Penipuan Melalui Emel

KUALA LUMPUR – AirAsia Berhad (AirAsia) membuat laporan polis berhubung kewujudan satu sindiket penipuan menggunakan jenama syarikat penerbangan itu untuk memperdaya orang ramai menggunakan emel.

Ketua Bahagian Perundangan AirAsia, Amir Faezal Zakaria berkata, laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi selepas syarikat penerbangan itu menerima aduan mengenainya daripada orang ramai.

“Kami menerima aduan mengenai program loteri dan peraduan mencurigakan yang dikaitkan dengan AirAsia.

“Antaranya program loteri ‘2014 AirAsia High 5 Bonus Khas’ yang disebar melalui emel daripada individu yang menggunakan nama ‘JK Allen’ or ‘Jimmy Chan’ menggunakan alamat- emel [email protected] & [email protected] dan kononnya bertempat di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Amir Faezal berkata, AirAsia tidak menganjurkan program tersebut atau memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk mengadakan program loteri seperti itu bagi pihak AirAsia.


Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan mengabaikan emel seperti itu dan AirAsia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan berkaitan program loteri palsu tersebut.

“Perbuatan ini harus dihentikan dan kami melaporkan kepada pihak berkuasa kerana bimbang akan menyebabkan kerugian besar kepada orang ramai dan untuk mengelakkan reputasi AirAsia daripada terjejas.

:Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau kumpulan terlibat,” katanya.

Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai supaya tidak menempah penerbangan daripada syarikat-syarikat yang tidak sah atau individu yang mencurigakan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori