• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 15, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

844 Anggota Malbatt Dianugerah Pingat PBB

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON – Seramai 844 anggota pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) yang menjalankan misi Pasukan Tentera Sementara Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) hari ini dianugerah pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-Bangsa Bersatu (PNBB).

Mereka terdiri daripada 76 pegawai dan 768 anggota lain-lain pangkat pasukan Malbatt 850-1 diketuai Kol Arman Rumaizi Ahmad.

Seramai empat pegawai dan 18 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei turut menerima anugerah tersebut.

Anugerah itu bagi mengiktiraf kejayaan pasukan berkenaan menjalankan misi Unifil di Lubnan selama 12 bulan mulai 26 Oktober 2011.

Pemangku Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyampaikan anugerah itu yang diadakan sempena perbarisan pembubaran Malbatt 850-1 dan upacara menanggalkan beret biru Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di padang kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda) di sini.

Dalam sidang akhbar selepas majlis itu, Raja Mohamed Affandi berkata, keupayaan tentera Malaysia dalam menjalankan tugas di negara itu diakui Unifil.

Katanya walaupun terdapat perbezaan budaya, tetapi penerimaan penduduk di sana terhadap tentera Malaysia begitu tinggi sekali dan ini memudahkan mereka menjalankan tugas.

“Tetapi apa yang penting adalah tahap kesiapsiagaan anggota Malbatt 850-1 mampu menangani apa juga masalah yang berlaku di sana. Kerjasama dengan penduduk tempatan di sana di tahap yang terbaik dan saya kagum dan bangga dengan kejayaan tersebut.

“Sewaktu saya pergi dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sambutan mereka di luar jangkaan, malah apabila kereta menteri berhenti dan menteri keluar dari keretanya … penduduk di situ sanggup keluar dari kereta masing-masing untuk menerima kehadiran menteri pertahanan kita. Jadi, saya rasa tentera kita adalah orang yang terbaik kerana mampu melaksanakan amanah dengan baik,” katanya.

Katanya, beliau berharap seluruh rakyat Malaysia mendoakan keselamatan tentera Malaysia yang sedang bertugas di negara itu kerana pergolakan kini semakin memuncak. – BERNAMA

Tags: ATMPBB
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Iszuree Disingkar Berdasarkan Laporan Media – Wong

Next Post

Ayah Dan Anak Bakal Berlakon Bersama Buat Pertama Kali

Related Posts

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

Malaysia Desak PBB Bertindak Hentikan Genosid Israel

22/03/2025
0

SHAH ALAM – Malaysia menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa bertindak tegas terhadap Israel bagi menghentikan...

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

OIC, Liga Arab, PBB Digesa Tegas Tolak Cadangan Trump

27/01/2025
0

SHAH ALAM - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Liga Arab dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digesa supaya mengambil tindakan tegas dalam...

Next Post

Ayah Dan Anak Bakal Berlakon Bersama Buat Pertama Kali

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd