Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Patung Marmar Purba 9...

SEBUAH patung wanita dari zaman Turki purba dianggarkan berusia kira-kira 3,000 hingga 2,200...

Grab Malaysia Sedia Kerjasama...

PETALING JAYA - Grab Malaysia bersedia bekerjasama dengan kerajaan yang baru ditubuhkan berhubung...

3 Bot Nelayan, 40...

KUCHING - Tidak sampai 36 jam selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan...

Kerajaan Tanggung Bil Lampu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan akan membayar bil lampu jalan Felda, Felcra dan...

5.6 Juta Melayang Akibat ‘Gores Dan Menang’

Mungkin dibuai dengan pelbagai janji manis yang ditabur sindiket ‘gores dan menang’, sesetengah individu yang termakan umpan, sanggup menghabiskan wang beribu tanpa sedar mereka ditipu hidup-hidup,

Di Negeri Sembilan, laporan dari awal Januari sehingga Oktober menunjukkan sebanyak 285 kes ‘gores dan menang’ berlaku dan melibatkan kerugian mencecah RM 5.6 juta.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, seramai 70 suspek ditahan manakala 31 individu didakwa di mahkamah sepanjang tahun ini.

Walau bagaimanapun, setakat ini mereka hanya didakwa di bawah Akta Kesalahan Kecil 1955.

Pihak kami sedang berusaha untuk mendapatkan kesemua suspek dituduh di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu yang memperuntukkan hukuman lebih berat iaitu penjara sehingga 10 tahun, sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media.

Ujarnya lagi, pihak berkuasa sentiasa membuat pemantauan terutama di pasar raya besar, namun sindiket ini licik kerana sering kali menghilangkan diri apabila menghidu kehadiran polis.


Tambahnya, pelbagai inisiatif akan terus dilakukan bagi menghalang sindiket meneruskan aktiviti penipuan mereka yang memberi kesan negatif kepada masyarakat. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori