Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Terus Bersuara Untuk Rakyat...

MELAKA - Bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Goh Leong San...

Kursus Pengurusan Jenazah Wanita...

PORT DICKSON - Masalah kekurangan pengurus jenazah wanita berkebolehan mendorong jawatankuasa Surau Al...

Mara Peruntuk RM2 Bilion...

KUALA LUMPUR - Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan memperuntukkan sebanyak RM2 billion tahun...

Budak Perempuan 16 Bulan...

KUALA NERUS: Seorang budak perempuan berusia 16 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak...

2,493 Graduan UMP Terima Ijazah, Diploma Hujung Minggu Ini

KUANTAN – Sebanyak 2,493 graduan Universiti Malaysia Pahang (UMP) akan menerima ijazah dan diploma masing-masing pada majlis konvokesyen ke-9 yang akan berlangsung Sabtu dan Ahad ini bertempat di Dewan Kompleks Sukan Universiti UMP Kampus Gambang, dekat sini.

Majlis konvokesyen yang berlangsung tiga sesi itu, bakal meyaksikan 22 graduan menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD), 88 graduan ijazah Sarjana, 1,510 graduan ijazah Sarjana Muda dan 873 graduan Diploma yang melibatkan sembilan fakulti dan dua pusat pengajian.

Naib Canselor UMP Prof Datuk Dr Daing Nasir Ibrahim berkata konvokesyen kali ini juga melibatkan 41 graduan antarabangsa.

Katanya, Canselor UMP Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan bagi mengurniakan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada graduan pada sesi pertama konvokesyen.


“Majlis konvokesyen kali ini juga menyaksikan 14 orang graduan bakal menerima anugerah dan hadiah industri melibatkan Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang), Anugerah Canselor, Anugerah Naib Canselor, Anugerah Emas Universiti dan Anugerah Kecemerlangan Yayasan Pahang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bagi Hadiah Industri pula melibatkan Hadiah Kecemerlangan HeiTech, Hadiah Kecemerlangan Ir. Kee Book Hee, Hadiah Kecemerlangan Sapura Industrial Berhad, Hadiah Industri Telekom Malaysia Berhad, Hadiah Kecemerlangan Perodua dan Hadiah Srikandi Matahari. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori