Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nenek, 2 Cucu Maut...

JOHOR BAHRU - Seorang nenek bersama dua cucunya terbunuh apabila kereta dinaiki mereka...

Sudahlah Kemalangan, ‘Kantoi’ Curang...

SEMALAM, satu perkongsian di laman Facebook 'Penang Kini' melaporkan tentang kemalangan yang berlaku di...

Bumi Bakal Berdepan Kepupusan...

LEBIH 40% spesies serangga boleh pupus dalam tempoh beberapa dekad akan datang, lapor...

BN Amal Dasar Terbuka...

SHAH ALAM - Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau tidak pernah takut untuk...

20 Cedera Protes Bertukar Ganas Di Hong Kong

HONG KONG – Seramai 20 orang cedera selepas polis bertempur dengan kumpulan penunjuk perasaan di sini dalam keganasan yang masuk hari keempat semalam hampir tiga minggu tunjuk perasaan prodemokrasi berlangsung dengan aman.

Berpuluh-puluh anggota polis dilengkapi perisai dan topi keledar merempuh kumpulan penunjuk perasaan di daerah Mongkok, utara pulau ini dan memukul mereka berulang kali dengan cota.

Sejumlah penunjuk perasaan terpaksa diusung keluar manakala sebahagian lagi dirawat kerana kecederaan pada kepala, retak tulang dan lebam pada badan, menurut beberapa wartawan agensi berita AFP dan petugas perubatan di lokasi kejadian.

Polis dalam satu kenyataan semalam memberitahu mereka telah menggunakan kekerasan minimum selepas kumpulan itu cuba bergerak melepasi garisan keselamatan.


Beberapa penunjuk perasaan bagaimanapun memberitahu AFP bahawa mereka tidak melakukan sebarang provokasi terhadap polis.

“Seorang daripada penunjuk perasaan itu cedera pada kepala akibat dipukul dengan cota sebanyak tiga kali oleh polis,” kata seorang sukarelawan perubatan berusia 20 tahun, Carla Chau.

Sebahagian daripada penunjuk perasaan yang cedera dibawa ke Hospital Kwong Wah untuk menerima rawatan. – AFP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori