• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lelaki Dituduh Minta Dan Terima Rasuah RM15,000

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Dua lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini terhadap pertuduhan meminta dan cuba menerima suapan wang tunai RM15,000, tujuh tahun lepas.

Zairi Abd Hamid, 55, dan Harun Norrshid Mohd Amin, 55, didakwa meminta RM15,000 daripada Lam Shah Mustaffa sebagai dorongan untuk pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menyelesaikan kesnya yang disiasat BPR.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Restoran Nasi Ayam Hainan, Taman Ampangan, Seremban pada kira-kira 3.05 petang, 30 Julai, 2007.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa cuba menerima suapan RM15,000 daripada individu sama kononnya untuk pegawai BPR bagi tujuan sama di Restoran The Rhim, Senawang pada kira-kira 9.50 malam, 30 Julai, 2007.

Pertuduhan pertama dibuat mengikut Seksyen 10 (a) (bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) manakala pertuduhan kedua mengikut Seksyen 20 (1) (a) dan Seksyen 10 (a) (bb) akta sama, dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Nurdiyanah Mohd Nawawi mencadangkan mahkamah menetapkan wang jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin terhadap setiap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, Zairi dan Harun Norrshid yang diwakili peguam Mad Noor Hisyam memohon agar wang jaminan minimum dikenakan.

Hakim Kamaruddin Kamsun kemudian menetapkan kedua-dua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 17 Nov bagi sebutan semula kes.

Sementara itu, seorang lagi rakan tertuduh, Mohamad Khaizad Hashim, 49, yang berkerja sebagai pemandu di sebuah kilang, tidak hadir pada prosiding hari ini dan kesnya akan disebut Isnin depan. – BERNAMA

Tags: rasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

Negara Tidak Harus Tunduk Amalan Penyakau Dan Rasuah – PMX Anwar

18/09/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan negara tidak harus tunduk kepada amalan 'penyakau' dan rasuah, manakala kes...

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

Khutbah Jumaat Sentuh Isu Penyelewengan Tabung Haji

15/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam bertajuk 'Amanah Membina Maruah Ummah' membangkitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd