• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Dilantik Anggotai J/kuasa Bebas Kaji Peperiksaan Awam

oleh Ahmad Albab
03/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengumumkan dua lagi ahli Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) yang diwujudkan pada 18 September lalu.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pelantikan dua anggota tambahan tersebut diluluskan oleh Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri.

“Mereka ialah bekas Setiausaha Kerajaan Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas Pengetua Cemerlang Sarawak, Chan Kim Kuay@Christopher Tan. Ahli yang baharu ini akan bersama-sama membantu dan menyumbang kepakaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Media pada 18 September lalu melaporkan, lapan individu berprofil tinggi, berpengalaman dan pakar dalam bidang undang-undang, pendidikan, perguruan, sekuriti siber, multimedia, komunikasi dan keselamatan dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kendalian LPM.

Mereka ialah Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh: bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Asariah Mior Shaharuddin: bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Yang lain ialah Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Datuk Johari Jamaluddin; Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr. Amirudin Abdul Wahab; bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri K. Kumaran dan Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Peng.

Pada 16 September lalu, Muhyiddin mengumumkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa bebas tersebut yang ditubuhkan ekoran isu kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Jawatankuasa bebas tersebut akan mengkaji pengurusan peperiksaan UPSR dan memberi cadangan penambahbaikan dari segi operasi, tenaga kerja dan pengurusan yang perlu dilaksanakan. – mynewshub.cc

Tags: Idris JusohLPM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Idris Jusoh Minta Jangan Percaya Beliau Akan Keluar UMNO

15/12/2018
0

BESUT - “Jangan percaya”, demikian jawapan ringkas bekas Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh berhubung dakwaan beliau bakal keluar...

UMK Universiti Pertama Pemangkin Keusahawanan Sosial

01/04/2018
0

BACHOK - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mencatat sejarah tersendiri pada hari ini selepas dipilih Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk menjadi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd