• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Anak Lelaki Penumpang MH370 Fail Saman Terhadap MAS

oleh Ahmad Albab
02/11/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dua anak lelaki penumpang pesawat MH370 hari ini memfailkan saman terhadap Malaysian Airlines System Berhad (MAS), Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan tiga lagi bagi menuntut ganti rugi berhubung kehilangan pesawat itu yang dinaiki bapa mereka dalam penerbangan ke Beijing, pada 8 Mac lepas.

Dua beradik berusia 13 dan 11 tahun itu selaku plaintif memfailkan saman melalui ibu mereka, Ng Pearl Ming, 38, menerusi Tetuan Rusmah Arunan & Associates di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

(Dari kiri:) Datuk Dr. Arunan Selvaraj, Gary Edward Chong dan Vinod Ramasamy *Gambar Malay Mail
Dari kiri: Datuk Dr. Arunan Selvaraj, Gary Edward Chong dan Vinod Ramasamy (Kredit Gambar: Malay Mail)

Dua beradik itu diwakili peguam Datuk Dr. S. Arunan dan peguam Gary Edward Chong, turut menamakan ketua pengarah Jabatan Imigresen, panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, dua beradik itu mendakwa bapa mereka, Jee Jing Hang, 41, yang merupakan penumpang pesawat MH370 telah memasuki suatu kontrak perjanjian penerbangan dengan MAS dari Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam dan dijangka mendarat di Beijing, pada 6.30 pagi, 8 Mac.

Plaintif mendakwa menerusi perjanjian itu, MAS sebagai defendan pertama seharusnya mengambil semua langkah wajib untuk memastikan suatu penerbangan yang selamat, namun telah memungkiri perjanjian itu apabila gagal mendarat di Beijing dan tiada butiran lanjut mengenai pengakhiran pesawat sehingga hari ini.

Mereka juga mendakwa MAS tidak memberi penjelasan sewajarnya tentang kejadian yang berlaku semasa penerbangan pesawat, khususnya dalam pengetahuan syarikat penerbangan tersebut dan gagal menyempurnakan tanggungjawab, sekaligus menyebabkan kehilangan bapa mereka.

Selain itu plaintif mendakwa ketua pengarah DCA sebagai defendan kedua, yang bertanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan kawalan trafik udara bagi memastikan penerbangan itu selamat, telah gagal dan cuai untuk mengambil langkah secukupnya bagi mendapatkan perhubungan dan menjejaki pesawat itu melalui radar.

Pasangan adik beradik itu turut mendakwa Jabatan Imigresen telah gagal dan cuai melaksanakan pemeriksaan rapi ke atas penumpang sehingga membolehkan beberapa penumpang menaiki pesawat menggunakan pengenalan palsu.

Mereka juga mendakwa pihak TUDM telah gagal dan cuai menghantar pesawatnya dengan kadar segera bagi mengenal pasti pesawat yang tidak dijadualkan telah muncul dalam sistem radar TUDM, berkemungkinan adalah MH370.

Justeru itu, kedua-dua plaintif menuntut ganti rugi terhadap kesemua defendan atas kehilangan bapa yang merupakan penanggung tunggal mereka, seorang ahli perniagaan berpendapatan bulanan sebanyak RM16,865 dan ganti rugi tambahan akibat penderitaan yang dialami.

Selain itu, turut dituntut adalah ganti rugi teladan kerana mengabaikan nyawa bapa mereka, penumpang lain dan anak kapal serta meletakkan keluarga mereka dalam kecelaruan, kos, faedah dan relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, hilang dari skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Usaha mencari masih dijalankan di selatan Lautan Hindi. – BERNAMA

Tags: MASMH370
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd