• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yantzen Terima Hakikat Sudah Tidak Popular

oleh Sifulan
02/09/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Penyanyi kelahiran Singapura, Yantzen tidak terkilan jika namanya semakin dilupakan kerana ia adalah lumrah kehidupan sebagai seorang artis.

Yantzen atau nama sebenarnya Yantzen Juniwan, 56, berkata, dia menerima hakikat zaman kegemilangannya sudah lama berlalu tambahan pula kehadiran penyanyi-penyanyi baharu yang mewarnai industri hiburan ketika ini yang tidak langsung melenyapkan penyanyi-penyanyi lama.

“Saya tak kisah pun sudah tidak popular kerana zaman kegemilangan itu saya sudah rasai dan kini ia digantikan pula dengan wajah-wajah baharu.

Tiada apa yang perlu disedihkan kerana sekurang-kurangnya masih ada orang yang ingat pada lagu-lagu nyanyian saya malah undangan membuat persembahan masih banyak biarpun ia tidak mendapat liputan media,” katanya kepada mStar Online.

Yantzen sebelum ini adalah vokalis kumpulan Rusty Blade akhir 1980 sebelum menyertai kumpulan May pada tahun 1992 dan selepas itu bergerak secara solo.

Dalam pada itu, Yantzen berkata, selain memenuhi undangan nyanyian dia kini banyak meluangkan masa dengan melakukan aktiviti amal dalam membantu golongan kurang bernasib baik dan anak-anak yatim.

Jelas Yantzen, dia juga turut menubuhkan sebuah pertubuhan bagi tujuan tersebut dan mengajak golongan belia untuk sama-sama dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Penglibatan golongan belia terutamanya remaja dalam pertubuhan ini bukan sahaja dapat mendidik mereka tentang keperluan membantu sesama manusia tetapi salah satu kaedah supaya mereka menjauhi perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Alhamdulillah lawatan yang kami lakukan di beberapa lokasi mendapat sambutan baik daripada golongan ini malah mereka juga turut menghulurkan bantuan kewangan biarpun jumlahnya tidak besar tetapi ia menunjukkan semangat mereka untuk membantu,” jelasnya.

Sementara itu, Yantzen berkata, buat masa ini dia tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menghasilkan album terbaharu kerana sedar dengan masalah kejatuhan penjualan album yang dihadapi oleh industri muzik tempatan.

Kos menjadi faktor utama dan dengan pasaran sekarang bukan mudah untuk menghasilkan sebuah album dan saya sangat realistik terhadap perkara itu,” katanya. – mStar Online

Tags: Artispenyanyi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

7 Jenazah Warga M’sia, 2 Warga Belanda Diberi Istiadat P’hormatan

Next Post

‘Bohonglah Kamal Tak Tahu Kami Putus’ – Intan Ladyana

Related Posts

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

32 Penyanyi, Pemuzik Saman PRISM Berhad

13/09/2022
0

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah...

Next Post

‘Bohonglah Kamal Tak Tahu Kami Putus’ – Intan Ladyana

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd