Sample Page Title

Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan mencadangkan agar Bank Perumahan diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah yang tidak berjaya membuat pinjaman rumah kos rendah dan sederhana rendah dengan bank-bank sedia ada.

Cadangan itu disuarakan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang berkata, perkara itu dijangka dibawa ke kabinet selepas pembentangan Bajet 2015 bulan depan.

Ujar beliau, bank sedia ada tidak dapat memberikan pinjaman perumahan kepada pemohon berikutan tidak memenuhi syarat-syarat ketat termasuk pendapatan yang ditetapkan Bank Negara.

“Bank Perumahan ada dicadangkan kerajaan negeri Johor di mana bank ini khusus memproses permohonan-permohonan pinjaman perumahan.

“Ada aduan pemohon tidak berjaya buat pinjaman sebab syarat Bank Negara yang agak ketat termasuk pendapatan bersih, dan fiskal polisi,” katanya selepas Mesyuarat Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan ke-68 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Tambah beliau, Bank Perumahan mampu menjadi alternatif kepada pemohon jika tidak berjaya membuat pinjaman dengan bank lain termasuk bank perdagangan.

“Walaupun sekarang ni bank perdagangan mempunyai skim pinjaman perumahan tetapi sebab mereka ada pertimbangan lain dari segi keuntungan, risiko , kuota, berapa banyak dana diperlukan dalam perbankan,” katanya kepada Astro Awani.

Ujarnya, Bank Perumahan dilihat lebih efisyen memandangkan tumpuannya hanya kepada aspek perumahan.

“Bank Perumahan ini boleh bertindak lebih cepat dan mengurus risiko pinjaman perumahan ini lebih berkesan sebab pengkhususan dalam satu portfolio sahaja iaitu perumahan,” jelas beliau.

Oleh: SYA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...