• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Bunuh Diri Dalam Kandang Buaya

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Seorang wanita warga emas bertindak membunuh diri dengan terjun ke dalam sebuah kandang buaya, menurut satu laporan semalam.

Menurut akhbar Bangkok Post, Wanpen Inyai, 65, terjun ke dalam kandang buaya mengandungi lebih 1,000 ekor reptilia ganas itu di Ladang & Zoo Buaya Samut Prakarn di ibu kota Thailand di sini.

Kejadian ngeri itu berlaku Jumaat lalu selepas mangsa meninggalkan kediamannya di sini pada hari yang sama.

Beberapa saksi berkata, mereka melihat Wanpen sengaja terjun ke dalam kandang buaya itu manakala rakaman kamera keselamatan mengesahkan dia menanggalkan kasutnya sebelum membunuh diri.

“Pemilik dan pekerja ladang ternakan buaya itu menggunakan beberapa batang kayu panjang untuk menghalau berpuluh-puluh ekor buaya yang sedang mengoyakkan mayat mangsa,” kata seorang kolonel polis, Muang Samut Prakarn.

Dalam pada itu, saudara perempuan Wanpen, Sunan Tharmnat memberitahu akhbar tempatan bahawa mangsa murung dan tidak bercakap dengan sesiapa beberapa hari sebelum dia membunuh diri.

Ladang ternakan tersebut memelihara kira-kira 100,000 ekor buaya dan turut terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan. – Agensi

Tags: Buayabunuh diri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

Wanita Maut Diserang Buaya Muara Ketika Mencari Lokan Di Simeulue

16/02/2026
0

  SIMEULUE, INDONESIA – Seorang wanita dilaporkan maut selepas diserang seekor buaya muara ketika sedang mencari lokan di kawasan muara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd