Video memaparkan meter minyak masih berjalan sedangkan nozel tidak dimasukkan ke dalam tangki kenderaan kini viral di laman siber.
Rakaman ini membuatkan orang ramai dinasihatkan supaya hati-hati dan lebih teliti ketika mengisi minyak selepas ini untuk mengelakkan mereka ditipu.
Bayangkan sudahlah harga minyak mengalami kenaikan hingga jumlah tangki penuh semakin susut, jika minyak diperoleh pun dikurangkan dengan taktik sebegini memang sah-sah menganiaya rakyat Malaysia pengguna kenderaan.
Diharapkan pengguna yang memuat naik video ini memaklumkan kepada pengusaha stesen minyak terlibat supaya dia tahu bahawa tembelangnya sudah pecah jika benar ada cubaan menipu dan kembali membetulkan meter pam minyak ini.
Begitu juga sebaliknya jika insiden ini disebabkan meter pam minyak yang rosak, maka pengusaha stesen minyak mesti membaikinya dengan segera agar orang ramai tidak terus jadi mangsa. – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MYNEWSHUB.CC