• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO : Rakaman Menakjubkan Lahar Gunung Berapi

oleh AK-47
09/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang penjelajah dan pencerita dokumentari, George Kourounis telah berjaya merakamkan aktiviti lahar gunung berapi yang panas dalam jarak hanya beberapa kaki sahaja dan menghasilkan video yang menakjubkan.

Beliau dan seorang lagi, pembikin filem Sam Cossman, bulan lepas telah pergi ke kawah Marum iaitu sebuah gunung berapi aktif
yang terletak di Vanuatu di Pasifik Selatan.

Mereka merakamkan kejadian itu menggunakan kamera GoPro.

Menurut Kouronis, video itu memperlihatkan apa yang beliau panggil “jendela ke neraka”.

Memetik laporan The Huffington Post, beliau berkata untuk turun ke bawah sebuah kawah gunung berapi merupakan impian terbesar dirinya sejak beberapa tahun lalu.

Mereka berdua dipandu oleh dua orang jurupandu arah Geoff Mackley dan Brad Ambrose menghabiskan masa empat hari di gunung berapi berkenaan dan dua kali mereka turun ke kawah itu.

Menurut Kourounis, untuk turun ke kawah itu mereka perlu menuruni tali sejauh 1,200 kaki (366 meter) kira-kira setinggi bangunan Empire State di Amerika Syarikat.

Kourounis sebelum ini memang berpengalaman luas dalam merakamkan dokumentari berkaitan cuaca semulajadi seperti mengejar puting beliung dan taufan.

Beliau juga nekad melangsungkan perkahwinannya di atas sebuah gunung berapi yang aktif.

Bagi pengalaman di gunung berapi Marum, ia merupakan satu pengalaman yang paling hebat dan menarik pernah dialami beliau.

“Untuk masuk ke kawah Marum ibarat ekspedisi mendaki gunung Everest secara terbaik.

“Gunung itu seakan melawan kehadiran kami, kami terpaksa menghadapi keadaan cuaca tidak menentu dan bahang panas yang datang dari lava gunung berapi.

“Kami terpaksa menuruni tebing tegak setinggi 400 meter sambil menghadapi hujanan batu dan asid,” katanya menceritakan pengalamannya.

Beliau berkata, kedudukannya terlalu dekat dengan lava sehingga ada percikannya telah membuat baju kalis api dan sebahagian dari kameranya berlubang.

“Anda akan melihat saya di dalam video kelihatan hanya seperti sebuah titik, di sebelah apa yang dinamakan sebagai air terjun lava panas dan lokasi itu merupakan lokasi paling berbahaya untuk sesiapun berdiri,” katanya. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: gunung berapivideo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

Gunung Semeru Kembali Aktif, Lahar Panas Paksa Penduduk Pindah

Gunung Semeru Kembali Aktif, Lahar Panas Paksa Penduduk Pindah

26/11/2025
0

Gunung Semeru Kembali Aktif, Lahar Panas Paksa Penduduk Pindah JAKARTA, 26 November 2025 – Gunung Semeru di Lumajang, Jawa Timur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd