KALAU tangan tu memang berseni, pakai ubat gigi pun lukisan jadi cantik dan hidup!
Jika kebanyakan pelukis gemar mengunakan warna air untuk melukis dan mewarnakan hasil seni mereka namun hal ini berlainan sekali buat seorang artis Mexico, Christiam Ramos.
Ini kerana dia lebih senang menggunakan ubat gigi untuk menghasilkan karya seninya agar tampil berlainan daripada pelukis-pelukis lain.
Memang unik dan kreatiflah!
Jom tonton video Christiam menghasilkan potret mendiang Robin Williams dengan hanya menggunakan ubat gigi dari pelbagai warna, sebuah kanvas putih dan beberapa berus lukisan. – MYNEWSHUB.CC
http://www.youtube.com/watch?v=L8dD7ZPH6LQ
Oleh: AUDREY LEE



