• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO : KJ Lancarkan Jentera Motosikal Pemuda UMNO – BN

oleh AK-47
14/09/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Deruman enjin motosikal bergema sekitar Pengkalan Kubor di Tumpat apabila Jentera Pemuda UMNO-Barisan Nasional (BN) Bermotor dilancarkan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN merangkap Menteri Belia dan Sukan melancarkan jentera itu selepas majlis penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat selesai.

Dalam ucapannya, Khairy berkata sepanjang kempen sehingga hari mengundi pada 25 September ini, jentera BN dijangka berdepan cabaran hebat dari pelbagai aspek berdepan jentera Pakatan Rakyat (PR).

“Kita akan berdepan banyak tohmahan dan fitnah dalam dua tiga hari akan datang, macam-macam tadi Tan Sri Muhyiddin maklumkan soal royalti minyak, pembangunan tidak ada di kawasan Pengkalan Kubor.

“Kalau kita nak cari wakil rakyat yang paling rajin ialah Allahyarham Datuk Noor Zahidi (Omar) Ketua UMNO Bahagian Tumpat,” katanya dalam ucapan dihadapan kira-kira 200 orang penunggang motosikal.

Menurut beliau, oleh kerana itu golongan muda di kawasan DUN Pengkalan Kubor perlu menghadiahkan kemenangan selain doa kepada semangat Allahyarham yang meninggal dunia pada 20 Ogos lepas.

Ucapan Khairy diikuti dengan laungan “Gelombang Merah” di hadapannya dari anak muda yang akan menggunakan motosikal bergerak di sekitar DUN itu sebagai satu daripada kempen untuk calon BN Mat Razi Mat Ail.

http://youtu.be/qw9rxDYCQk8

Pada PRK itu, Mat Razi akan berhadapan dengan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dalam pertembungan tiga penjuru. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K | Video : RIZA RAZAK

Tags: BNPRK Pengkalan Kubor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

Dulu Pun Harga Minyak Akibat Faktor Global, Tapi Pembangkang Tunggang – Akmal

26/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Memang sejak dulu peningkatan harga minyak disebabkan oleh faktor global, bukan kerana kerajaan sesuka hati mahu menaikkan...

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

Anwar Ucap Tahniah BN Menang Di DUN Lamag Dan Parlimen Kinabatangan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd