• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO : Cucu TPM Turut Terlibat Isu Kebocoran UPSR

oleh AK-47
15/09/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Cucu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menjadi mangsa kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan terpaksa menduduki semula dua subjek membabitkan tiga kertas soalan.

Beliau menjelaskan berkenaan perkara itu, pada sidang media selepas proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, hari ini.

“Cucu saya, saya beritahu kepada media pun mengambil UPSR.. Cucu saya yang pertama, yang paling sulung namanya Suraya ambil peperiksaan, menangis.. Pergi tanya dengan Tok Ayah, Tok Ayah kena tenteramkan dia,” katanya.

Menurut Muhyiddin, beliau berpesan kepada ibu bapa kanak-kanak yang mengambil peperiksaan mereka biasanya akan memberikan reaksi seperti itu kerana tekanan kepada mereka agak meningkat.

Beliau berkata, ada guru di sesetengah sekolah telah pun bersedia dengan beberapa program kursus dan ada yang membawa murid tidur di sekolah sehari sebelum peperiksaan.

“Saya pun nak ucapkan terima kasih kepada guru, dah atur dah ada kursus, sampai malam sebelum periksa tu dah datang di sekolah.. Ada juga yang bermalam di sekolah, dia dah buat banyak dah sekali tiba-tiba bocor.

“Saya pun rasa kecewa, saya sendiri berkata begitu tetapi ini orang yang tidak bertanggungjawab sebab itu saya tidak pandang ringan dan kita kena ambil tindakan,” katanya.

Berkenaan kes kebocoran peperiksaan UPSR itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sebelum ini mengumumkan peperiksaan bagi subjek Sains dan Bahasa Inggeris telah dikesan bocor.

Oleh itu, pihak LPM telah menetapkan tarikh 30 September bagi para calon menduduki semula kertas Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2 dan kertas subjek Sains. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K | Video : RIZA RAZAK

Tags: UPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd