Sejak seminggu lalu video seorang budak perempuan merayu ‘ibu nak lagiiii’ untuk meminta makanan giat dikongsikan di laman-laman sosial.
Aksi budak perempuan berbadan gebu itu kelihatan amat comel apabila menjawab ‘tak nak kurus nak gemukkk’ apabila dilarang oleh ibunya.
Sememangnya antara dilema bagi kaum ibu di luar sana adalah memastikan anak mereka tidak mengalami masalah obesiti sejak kecil lagi.
Justeru kami faham mengapa si ibu dalam video ini keberatan untuk menambah makanan anaknya kerana risaukan anaknya yang agak montel itu.
Bagaimana pun siapalah yang mampu untuk menolak permintaan daripada anak kecil apatah lagi kalau melibatkan makanan kan? – MYNEWSHUB
REM RAMZI/MNEWSHUB.CC