• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Veteran UMNO Gembira Dengan Lawatan Muhyiddin

oleh Ahmad Albab
16/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Seorang pesakit kronik Said Sulaiman, 64, yang berjuang dalam Umno selama 35 tahun, gembira dikunjungi Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini.

Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) diiringi isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman meluangkan masa kira-kira 15 minit di rumah Said di Kampung Bendang Pak Yong di sini, untuk bertanya khabar mengenai penyakit kencing manis, buah pinggang dan darah tinggi warga emas itu.

“Beliau (Muhyiddin) mahu saya terus kekal dan berjuang dalam parti terutama pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di samping menjaga kesihatan,” kata Said kepada pemberita selepas menerima kunjungan Muhyiddin di rumahnya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri melakukan lawatan di sini dalam rangka program turun padang sempena PRK DUN Pengkalan Kubor yang pengundian ditetapkan 25 Sept.

PRK itu diadakan berikutan kematian Datuk Noor Zahidi Omar akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu.

Pada PRK itu calon BN Mat Razi Mat Ail dicabar calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary. Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Noor Zahidi mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 1,736 undi.

Said seorang petani berkata beliau menjawat jawatan Ketua Cawangan Umno dan Ketua Peti Undi Kampung Bendang Pak Yong selama 35 tahun dan bersara tahun lepas kerana tidak berupaya disebabkan penyakitnya itu.

“Akibatnya, kesemua jari kaki kanan saya terpaksa dipotong dan mendapat rawatan secara rutin di hospital kerajaan berdekatan,” katanya.

Said yang tinggal bersama isteri Zainab Yunus, 62, kesal Jabatan Kebajikan Masyarakat menghentikan bantuan bulanan sebanyak RM300 dengan alasan beliau tidak memperbaharui permohonan.

“Saya kini tidak dapat bekerja hanya menerima bantuan itu selama setahun sahaja,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin turut mengunjungi rumah seorang lagi warga emas Koya Mamat, 63, di Kampung Kubang Sawa kira-kira satu kilometer dari rumah Said.

Koya berkata lawatan singkat itu memberi semangat kepadanya untuk membantu calon BN untuk memenangi pilihan raya pada 25 Sept depan.

“Saya lebih mengenali Mat Razi sebagai seorang yang baik, suka menolong orang susah malah kanak-kanak pun menyukainya tiada sebab penduduk Pengkalan Kubor tidak memilihnya,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: Onn Hafiz Umum BN Bertanding Semua 56 Kerusi DUN

PRN Johor: Onn Hafiz Umum BN Bertanding Semua 56 Kerusi DUN

16/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Barisan Nasional (BN) Johor mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada...

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

Bantah Iktiraf UEC Golongan Munafik, Puak Pelampau – Nga Kor Ming

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming melabelkan pihak yang membantah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd