• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR: Pujian Untuk Guru, Ibu Bapa Dalam Mempersediakan Murid

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Langkah ibu bapa dan guru yang terus membakar semangat dan mempersedia murid selain kecekalan murid sendiri bagi menghadapi peperiksaan semula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hari ini dan 9 Okt, mendapat pujian Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurutnya, persediaan rapi yang dibuat semua pihak termasuk murid sebelum peperiksaan UPSR sebenar bermula 9 Sept lalu membolehkan murid sentiasa bersedia menghadapi peperiksaan ulangan.

“Pelajar yang buat persediaan dengan baik akan dapat jawab dengan baik kerana ia menggambarkan apa yang mereka pelajari serta fahami sejak darjah satu.

“Soalan bocor tidak akan beri gambaran sebenar tentang prestasi seseorang pelajar,” kata Idris kepada pemberita selepas meninjau peperiksaan UPSR di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangsar di sini hari ini.

Peperiksaan semula itu diadakan susulan kebocoran soalan kertas peperiksaan UPSR awal yang diambil 472,853 calon tahun ini.

Menurut Idris, ramai yang melihat isu kebocoran kertas peperiksaan itu dari sudut positif.

Terdahulu beliau meluangkan masa bersama 270 murid yang menduduki semula UPSR di SK Bangsar.

Idris ketika memberi kata-kata perangsang kepada mereka berkata: “Saya (merujuk kepada murid) senyum, saya senang hati, Insya-Allah (kamu) akan dapat jawab peperiksaan dengan baik.

“Ucap terima kasih kepada cikgu, masuk bilik peperiksaan dengan baik, tenang dan fikir untuk dapatkan keputusan yang baik.”

Peperiksaan ulangan UPSR yang berlangsung hari ini melibatkan dua mata pelajaran iaitu Sains dan Bahasa Inggeris.

Kertas peperiksaan yang diulang semula itu ialah Sains 018, 028 dan 038 bermula 8.15 pagi dan Bahasa Inggeris 014/1 mulai 10.30 pagi dan Bahasa Inggeris 014/2 pada 12.20 tengah hari.

Tarikh baharu bagi ujian Matematik 015/1, 025/1, 035/1 dan Bahasa Tamil 036 dan 037 pula ditetapkan pada 9 Okt. – BERNAMA

Tags: Idris JusohUPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd