• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR : Lepas Sains, Kertas Bahasa Inggeris 1 Dan 2 Juga Bocor

oleh AK-47
12/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 (Kertas 1 dan 2) bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) didapati turut bocor dan murid perlu mendudukinya semula pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata perkara itu disahkan pada 11 pagi tadi selepas kementerian menerima maklumat pada Rabu malam yang disebarkan melalui media sosial.

Beliau berkata kementerian memohon maaf atas insiden kedua itu selepas soalan mata pelajaran Sains 018, 028 dan 038 yang dijadualkan pada Khamis bocor dan terpaksa ditangguhkan ke 30 Sept.

“Kita akan pastikan mereka yang bertanggungjawab diambil tindakan yang sekeras-kerasnya kerana kita melihat integriti telah dipersoalkan dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

“Saya sekali lagi merakamkan rasa dukacita tentang apa yang berlaku dan memohon maaf kepada ibu bapa yang terpaksa menanggung kesusahan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis menandatangani perjanjian dan pelaksanaan Program Latihan Berteraskan Continuous Professional Development (CDP) di sini pada Khamis.

Idris berkata satu jawatankuasa bebas akan dibentuk dalam masa terdekat bagi menyiasat insiden tersebut yang disifatkannya telah mencemarkan kredibititi dan integriti kementerian itu.

“Ianya (set kertas peperiksaan) merupakan soalan yang lengkap. Jadi kita akan tubuhkan satu jawatankuasa bebas dan berprofil tinggi dengan mengambil kira keseriusan dan untuk melihat apa yang telah berlaku sebenarnya.

“Jawatankusa ini bukan sahaja untuk menghukum mereka yang terlibat tetapi juga memastikan perkara ini tidak berulang selain memberi pandangan kepada kementerian apakah langkah-langkah yang perlu diambil,” katanya.

Beliau berkata panel jawatankuasa itu akan dilantik berdasarkan mereka yang memahami aspek keselamatan tinggi seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat.

“Kita akan pastikan jawatankuasa ini berterusan dan akan terus memberikan cadangan-cadangan kepada kementerian apakah langkah, tindakan, tahap keselamatan yang perlu dibuat dari semasa ke semasa supaya kita dapat mengatasi isu-isu perkembangan teknologi yang digunakan oleh mereka-mereka yang ada akses kepada teknologi atau menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Mengenai tarikh untuk menduduki semula kertas itu, Idris berkata kementerian sedang meneliti sama ada ia boleh diadakan pada 30 Sept bersama peperiksaan kertas Sains atau pada tarikh lain.

Beliau berkata tarikh baharu adalah perlu dengan mengambil kira pelbagai aspek antaranya isu logistik dan teknikal termasuk soal keselamatan soalan dan integriti kerana ia melibatkan 473,175 murid, 8,299 pusat peperiksaan, 51,438 petugas peperiksaan dan 382 bilik kebal.

Idris berkata kementerian akan memastikan tidak berlaku lagi soalan peperiksaan bocor.

Katanya hasrat kerajaan memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah untuk mengurangkan fokus kepada peperiksaan dan mengelakkan insiden sebegini berlaku.

Mengenai program CPD, beliau berkata program itu diadakan dengan kerjasama strategik bersama institusi pengajian tinggi tempatan dalam menawarkan program latihan yang memberi manfaat kepada pegawai menerusi pengiktirafan berbentuk peningkatan kelayakan akademik iaitu di peringkat sarjana dan diploma kepada warga kementerian tersebut. – BERNAMA

Tags: PendidikanUPSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

Pelaburan Pendidikan Penentu Masa Depan Negara – Tok Mat

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang paling penting dalam menentukan hala...

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd