• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR: Integriti & Kewibawaan Guru Tidak Terjejas

oleh Ahmad Albab
19/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Integriti dan kewibawaan warga pendidik di seluruh negara tidak terjejas walaupun negara digemparkan dengan isu kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun kes itu sedikit mencalarkan imej Kementerian Pendidikan, namun ia tetap tidak menjejaskan nama baik para guru.

“Saya yakin imej guru tidak terjejas dan sebahagian besar atau pun 99.9 peratus guru sentiasa memelihara integriti dan kemuliaan perjawatan perguruan.

Mereka tetap dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat.

“Sebab itu, kita teruskan kerjaya kita secara bersungguh-sungguh…secara amanah. Janganlah peristiwa ini sebabkan kita rasa gusar atau agak terlalu kecewa,” katanya ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Warga Pendidik di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Hussain Awang dan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail.

Kira-kira 600 warga pendidik di daerah Tumpat hadir pada majlis itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata isu berkenaan harus dijadikan iktibar oleh semua pihak dan tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Katanya beliau memahami perasaan guru dan murid terbabit dengan insiden itu dan sejak awal lagi isu itu berlaku, beliau telah memohon maaf kepada ibu bapa dan murid.

“Saya sebagai Menteri Pendidikan tidak boleh lari daripada memikul tanggungjawab ini dan saya awal-awal lagi memohon maaf pada ibu bapa dan pelajar kerana mereka terpaksa kembali semula ke sekolah pada 30 Septenber.

“Peristiwa ini hanya libatkan beberapa orang guru dan ini tidak gambarkan bahawa masalah ini sudah jadi masalah besar,” katanya.

Muhyiddin berkata fokus utama yang perlu diberi perhatian sekarang ialah melihat arah tuju dan masa depan pendidikan negara melonjak di persada dunia.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu yang mudah kerana dalam tempoh 13 tahun akan datang, iklim pendidikan negara perlu melonjak naik dan menjadi kebanggaan semua.

“Sebab itu kita letakkan sasaran dalam tempoh 13 tahun, kita mesti melonjak kepada satu pertiga kedudukan di atas dan bukan di bawah. Ini bukan perjalanan yang mudah tetapi memerlukan komitmen semua,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengharapkan guru-guru yang menjadi pengundi berdaftar di Dun Pengkalan Kubor memilih Mat Razi pada PRK 25 September ini.

“Beliau adalah bekas pegawai pelajaran dan merupakan calon tepat buat semua pihak. Ia satu penghormatan kerajaan kepada warga pendidik,” katanya.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.

http://youtu.be/f211K8gUdQw

Pada PRK itu, Mat Razi akan ditentang calon Pas Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pada pilihan raya umum ke-13 lepas, Allahyarham Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan Izat Bukhary (Bebas) dengan majoriti 1,736 undi. – BERNAMA

Tags: UPSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd