• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR Bocor: Tiga Guru Direman 4 Hari

oleh Ahmad Albab
17/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Polis hari ini memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman tiga guru, seorang daripada mereka wanita, selama empat hari untuk membantu siasatan kes kebocoran soalan kertas Sains dan Bahasa Inggeris  Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah reman itu, berkuat kuasa hari ini, terhadap tiga guru berkenaan berumur antara 24 tahun dan 36 tahun untuk siasatan mengikut Seksyen 8 (1) Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972.

Ketiga-tiga guru itu ditahan di Negeri Sembilan malam tadi.

Isnin lepas, empat lelaki direman empat hari hingga esok. Semalam polis memperoleh perintah mahkamah untuk menahan reman seorang jurutera selama empat hari.

Susulan kebocoran soalan kertas Sains 018, 028 dan 038 dan Bahasa Inggeris  014/1 and 014/2 itu Khamis lepas, hampir setengah juta calon UPSR perlu menduduki semula peperiksaan kedua-dua kertas itu pada 30 Sept.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan pada Jumaat lepas bahawa Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia Dr Na’imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh digantung tugas berkuat kuasa serta merta sehingga siasatan mengenainya selesai. – BERNAMA

Tags: UPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd