• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR Bocor: 8 Ahli Jawatankuasa Bebas Diumum

oleh Ahmad Albab
19/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seramai lapan ahli jawatankuasa bebas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam Kementerian Pendidikan diumum pada Khamis berikutan isu kebocoran kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014.

Kesemua mereka ialah Presiden Institut Integriti Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh; bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Professionalisme Keguruan), Datuk Dr Asariah Mior Shaharuddin; bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Prof Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin; Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi; dan Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan Malaysia, Datuk Johari Jamaluddin.

Selain itu, jawatankuasa bebas ini turut dianggotai oleh Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab; bekas Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri K. Kumaran dan Setiausaha Agung NUTP & Setiausaha Agung Cuepacs, Lok Yim Peng.

Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, kerajaan memandang serius isu kebocoran kertas peperiksaan UPSR 2014 yang disifatkan sebagai isu nasional.

Sehubungan itu katanya, satu jawatankuasa bebas ditubuhkan berhubung isu tersebut.

“Ahli-ahli jawatankuasa bebas ini terdiri daripada rakyat Malaysia yang berprofil tinggi, berpengalaman dan pakar dalam pelbagai bidang termasuk undang-undang, pendidikan, perguruan, sekuriti siber, multimedia, komunikasi, dan keselamatan.

“Jawatankuasa bebas ini akan mengkaji pengurusan peperiksaan UPSR dan akan memberi cadangan-cadangan penambahbaikan dari segi operasi, tenaga kerja dan pengurusan yang perlu dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa mengumumkan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi sebagai pengerusi jawatankuasa bebas untuk mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Pada 10 September lalu, kertas peperiksaan Sains 018 (SJK), 028 (SJKC), 038 (SJKT) UPSR 2014 yang dijadualkan untuk diadakan pada 11 September didapati bocor, manakala pada 11 September, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 yang telah berlangsung pada hari yang sama juga didapati bocor.

Ekoran kebocoran yang berlaku, Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September 2014 sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. – mStar Online

Tags: Idris JusohUPSR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd