Sample Page Title

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh menyeru semua universiti di Malaysia agar meneruskan usaha untuk menambah baik kualiti sebagai pusat penjana ilmu demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada lima institut pengajian tinggi awam – Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) kerana berjaya melonjakkan kedudukan dalam Quacquarelli Symonds (QS) World Universiti Rankings 2014 yang dikeluarkan semalam.

“Tahniah diucapkan kepada lima universiti awam kerana berjaya melonjakkan kedudukan dalam QS World University Ranking 2014,” katanya dalam akaun Twitter.

Menurut senarai terbaru itu, UM berjaya meningkatkan kedudukannya daripada tangga ke-167 pada tahun lepas, kepada 151 pada tahun ini, UKM memperbaiki kedudukannya daripada 269 kepada 259 dan UTM meningkat ke tangga 294 daripada 355 (2013).

Kedudukan USM juga bertambah baik iaitu daripada 355 kepada 309 dan UPM pula di tangga ke-376 daripada kedudukan 411. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

PM: Orang Beri Kontrak Pada Anak, Menantu Kini Cakap Tentang Ketelusan?

Anwar Ibrahim berkata ketika dia terbuka mendengar kritikan pelbagai pihak terhadap pelantikan anak sulungnya...

AS Gesa Israel Dan Palestin Redakan Ketegangan

BAITULMUQADDIS: Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menggesa rakyat Israel dan Palestin meredakan...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu...

AS Tambah Penempatan Senjata Canggih Di Semenanjung Korea

SEOUL: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin hari ini menegaskan negara itu akan...

UMNO Pecat Tun Faisal Berkuat Kuasa Serta-merta

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz dipecat daripada...

PERODUA Buka Tempahan Axia Serba Baharu

KUALA LUMPUR : Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memperkenalkan Axia serba baharu yang...

Lebih 15,000 Kedai Makan, Restoran Sertai Menu Rahmah

SUBANG JAYA – Lebih 15,000 kedai makan dan restoran di seluruh negara menyertai inisiatif...