SUSULAN pembunuhan dua warga Britain awal September lalu di pulau selatan Thai, Koh Tao, Thailand akan mengedarkan gelung tangan pengenalan diri sebagai langkah keselamatan di negara itu.
Menteri Pelancongan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul beliau sudah mengadakan pertemuan dengan pihak hotel berhubung pengedaran gelung tangan itu bagi membantu pelancong yang hilang atau menghadapi masalah.
“Ketika pelancong mendaftar masuk ke hotel, mereka akan diberikan gelung tangan dengan nombor siri yang sepadan dengan pengenalan diri. Ia menyimpan maklumat tempat penginapan untuk dihubungi sekiranya mereka balik lewat dan sebagai contoh, mabuk atau hilang, mereka boleh dibantu dengan mudah,” kata Kobkarn.
Katanya, langkah berikutnya ialah penggunaan peranti pengesan elektronik tetapi ia belum dibincang dengan terperinci.
Mayat Hannah Witheridge, 23, dan David Miller, 24, dijumpai mati di pantai di pulau selatan Thai, Koh Tao pada 15 September lalu.
Tambahnya, satu ‘sistem buddy’, dengan memadankan pelancong dengan penjaga tempatan ke destinasi pelancongan, juga turut dibincang.
Bagaimanapun, Kobkarn mengakui idea gelung tangan itu turut mendapat bantahan.
“Kebanyakan orang menyambut baik idea itu tapi sesetengah hotel bimbang ada pelancong enggan memakai gelung itu,” katanya. :-MYEWSHUB.CC
Oleh: SYA
ÂÂ