• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alvin Tidak Matang Dan Tidak Bertanggungjawab – Vivian Lee

oleh AK-47
01/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas pasangan seks, blogger Alvin Tan, Vivian Lee menyifatkan tindakan Alvin melarikan diri dan mencari perlindungan suaka di Amerika Syarikat sebagai tidak adil kepada dirinya.

Perbuatan itu juga, menurut Vivian juga tidak adil kepada ibu Alvin.

“Di mana rasa tanggungjawab apabila membiarkan orang-orang yang sentiasa menyayanginya dan memastikan dia selamat.

“Kenapa dia melarikan diri cara begitu. Tindakannya itu kebudak-budakan dan tidak bertanggungjawab,” kata Vivian memetik laporan The Rakyat Post.

Alvin sebelum ini pernah berkata kepada Vivian untuk menjadi lebih matang dan tidak berharap dia akan membawanya bersama, Vivian berkata Alvin yang sepatutnya bersikap lebih matang.

Dalam laporan itu, Vivian mendedahkan Alvin pernah memberitahunya bahawa dia tidak akan meninggalkan Malaysia tetapi itu semua bohong belaka.

Ketika Vivian cuba menghubungi Alvin, dia gagal dikesan dan tidak pun berjaya dihubungi. Kali terakhir mereka bertemu ialah pada 18 Mei lepas dan Alvin lesap pada keesokannya.

Menurutnya, mereka berdua masih merupakan pasangan kekasih pada ketika itu.

“Ya, kami memah ada masalah dan hubungan kami bergoncang, tetapi kami masih menemui antara satu sama lain,” kata Vivian.

Vivian pula mengakui, tidak berasa ditinggalkan oleh Alvin kerana pada awalnya dia sendiri enggan meninggalkan negara ini untuk mengelak dari didakwa.

“Saya hanya berasa dikhianati kerana menyimpan perancangannya untuk melarikan diri daripada pengetahuan saya, sekurang-kurangnya ucapkanlah selamat tinggal secara baik,” katanya.

Dalam nada seakan merajuk, Vivian berkata Alvin kini lebih suka menghubungi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar daripada menghubunginya.

“Saya rasa kami sudah pun berpisah secara rasmi selepas mendapat tahu dia mengirim “cinta” kepada IGP (Ketua Polis Negara) daripada menghubungi saya,” kata Vivian.

Alvin sebelum ini dalam akaun Facebooknya berkata Khalid dilihat tidak memerangi jenayah sepertimana beliau dilihat begitu agresif memerangi orang-orang lain yang kini ditahan mengikut Akta Hasutan 1948.

Vivian berkata dia tetap akan meneruskan kesnya di mahkamah dan membela diri biarpun apa keputusan kes berkenaan pada masa akan datang.

“Jika kami berdua melarikan diri, kes kami tetap tidak akan dapat diselesaikan dan kami tidak boleh sekalipun lagi kembali ke Malaysia.

“Itu bukanlah kehidupan yang saya mahukan,” kata Vivian. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: Alvin Tan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Soal Kepercayaan Tak Boleh Dipaksa’

02/07/2018
0

GARA-GARA kerap bawa watak lelaki Islam, pelakon yang semakin menyerlah menerusi drama Melayu, Alvin Chong pernah didesak segelintir peminat supaya...

Vivian Lee Letak Semua Kesalahan Terhadap Bekas Teman Lelakinya

11/05/2016
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada blogger, Alvin Tan, meletakkan semua kesalahan terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd