• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tersentuh Hati: Sanggup Mandikan Sahabat Karib Setiap Hari

oleh AK-47
14/09/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KATA pepatah ‘kawan ketawa senang dicari, kawan menangis sukar dicari’ mungkin sesuai untuk digambarkan pada masa kini.

Kadang-kadang kita hanya dikerumuni sahabat tika waktu kita senang sahaja dan mereka akan menghilang apabila kita ditimpa kesusahan.

Tapi pak cik Mohamed Jusoh, 72, ini memang sangat bertuah kerana dikurniakan seorang sahabat baik seperti Zainuri Yit, 59, yang sanggup menjaganya setiap hari sejak empat tahun lalu.

Zainuri akan melakukan rutin hariannya menjaga Mohamed seperti memandikannya serta menyediakan makanan buat sahabatnya itu sejak mengalami kecederaan kerana tersepak lesung batu sehingga menyebabkan Mohamed tidak boleh berjalan kerana dua jari kaki kirinya dipotong berikutan insiden tersebut.

“Sejak jari kaki dia kena potong, saya sedih sangat sebab dia dah tak boleh jalan macam biasa. Dulu kami memang rapat, ke mana-mana pun bersama,” katanya memetik Sinar Harian.

Disebabkan isteri dan anak Mohamed mengalami masalah mental, Zainuri telah mengambil alih menjaga rakannya itu bagi memastikan kehidupan Mohamed terurus.

Zainuri, seorang peniaga tebu kecil-kecilan dari Taman Samudera, Batu Caves juga menyatakan dengan pendapatannya dia masih mampu menanggung perbelanjaan perubatan Mohamed setiap minggu.

“Alhamdulillah dengan pendapatan yang diperolehi ini, walaupun tak banyak saya masih mampu tanggung belanja perubatan Mohamed di farmasi setiap minggu.

“Rezeki saya juga cukup untuk keluarga kami. Saya bersyukur ke hadrat Allah,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Mohamed melahirkan rasa kesyukurannya kerana mempunyai seorang sahabat baik seperti Zainuri yang sentiasa mengambil berat akan keadaan dirinya.

“Walaupun dah tak ada siapa nak jaga, tapi dia tetap datang setiap hari untuk bawa makanan serta mandikan saya.

“Segala budi dan jasa yang dia dah buat untuk saya memang tak dapat dilupakan sampai bila-bila,” katanya.

Memang tersentuh hati membaca kisah-kisah seperti ini dan berharap ramai lagi orang-orang di luar sana bersikap seperti Zainuri yang ikhlas dalam berkawan serta membantu rakan-rakan yang berada dalam kesusahan. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE

Tags: kawanpeliksedih
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ulama Puji Malaysia Miliki Identiti Kukuh

Next Post

22 Pendatang Asing Ditahan Dalam Ops Sepadu Pati

Related Posts

Lapan ‘Pengantin Pelik’ Dikahwini Manusia

03/02/2019
0

PERKAHWINAN merupakan salah satu tradisi tertua di dunia. Ia merupakan acara untuk meraikan dua individu bersatu menyemai kasih dan cinta...

Virus Jangkitan Seks, Sayur, Antara Nama Pelik Bayi

31/01/2019
0

TIDAK sampai sebulan 2019 membuka tirainya, senarai nama bayi paling paling pelik dan unik untuk tahun ini sudah pun dikeluarkan....

Next Post

22 Pendatang Asing Ditahan Dalam Ops Sepadu Pati

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd