Sample Page Title

JIKA sebelum ini kecoh dengan cerita seorang jurufoto media yang dilayan kasar sehingga ditumbuk oleh salah seorang ahli keluarga mangsa tragedi MH17, status FB seorang rakan media ini menyebabkan kami rasa terharu.

Apa tidaknya, sikap berbudi bahasa seorang ahli keluarga mangsa yang lain siap menghidangkan air kepada sekumpulan rakan media yang lama menunggu di rumah keluarga mangsa MH 17 di Cheras, Kuala Lumpur sangat-sangat dihargai.

Memetik status wartawan ini, beliau merasa bersyukur apabila ada pihak yang memahami tugas mereka sebagai orang media. Berikut adalah petikan status Fb Rose;

” Syukuurrrr bila ada jiran family mangsa mh17 hidang air utk media yg menunggu..tp sedih bila dengar the same family tumbuk media sampai berdarah kat nirvana..kami dtg buat keje dgn cara terhormat..kalo mahu privacy, buat cara 2 family sblm ni yg langsung tak dedah nama mangsa..senang keje kami & family anda pun ada privacy..tak perlu berkasar.”

ROSE-KOMEN (2)

Bagaimanapun, setelah menunggu hampir empat jam, pihak media pulang tanpa sebarang berita. Ini kerana keluarga mangsa yang baru pulang dari tempat pengebumian enggan ditemubual. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku kerana masing-masing saling hormat menghormati.


Rasanya, ada lagi tak sesiapa yang ingat lagi pantun lama ini …

“Yang Kurik Itu Kundi, Yang Merah Itu Saga, Yang Baik Itu Budi,Yang Indah Itu Bahasa”

Fikir-fikirkan lah yer…. – MYNEWSHUB

Oleh: SYA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kerajaan Ambil Maklum Perkembangan Dua Rakyat Malaysia Di Tahanan Guantanamo

PUTRAJAYA: Kerajaan mengambil maklum berhubung perkembangan perbicaraan membabitkan dua suspek militan rakyat Malaysia yang...

JDT Mahu Jadi Penakluk Satu Dekad

PETALING JAYA: Keghairahan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk terus menguasai bola sepak tempatan tidak...

Menghendap Kini Jadi Kesalahan Jenayah

Kuala Lumpur: Dewan Rakyat, semalam, meluluskan pindaan ke atas Kanun Keseksaan dan Kanun Acara...

RUU Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak (Pindaan) 2023 Diluluskan

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak...

Elak Makan Ikan Buntal Yang Tidak Diketahui Jenis – Jabatan Perikanan

KUALA LUMPUR: Jabatan Perikanan menasihati orang ramai supaya mengelak daripada memakan ikan buntal tidak...

Ahmad Zahid Terima Peletakan Jawatan Sulaiman

BENTONG: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan sudah menerima surat peletakan...

Niat Sindiket Ah Long Buat ‘Onar’ Pada Hari Raya Terbantut

SHAH ALAM : “Selesaikan hutang atau hari raya nanti saya buat lebih teruk.”Ikuti Mynewshub: TelegramDemikian...