Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Tiga ADUN Berpaling Tadah...

MELAKA : Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menjadi punca pembubaran Dewan...

DBKL Batal Tambak Tanah...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan dan menarik balik surat kelulusan projek...

Gagal Dikesan 5 Negara,...

JAKARTA – Badan Search And Rescue Nasional (Basarnas) yang mengurus segala operasi mencari...

BBC Dikecam Dakwa Jo...

STESEN penyiaran British Broadcasting Corporatioan (BBC) dikecam penduduk Singapura gara-gara tersilap menulis mengatakan...

IS Tembak Jatuh Pesawat Syria

KUMPULAN Penentang Negara Islam (IS) menembak jatuh sebuah pesawat Syria yang melancarkan serangan udara ke atas kubu kuat mereka di Raqqa, semalam.

Memetik laporan AFP, Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria berkata, anggota IS melepaskan tembakan ke arah pesawat berkenaan menyebabkan ia terhempas

Pengarahnya, Rami Abdel Rahman memberitahu media, pesawat berkenaan terhempas di sebuah kediaman di Lembah Efrat namun tiada kecederaan dilaporkan.

Menurutnya, tentera udara Syria melancarkan lima serangan mengejut ke atas IS di bandar Raqqa pagi semalam.

Gambar yang dimuat naik ke akaun Twitter kumpulan berkenaan menunjukkan rangka pesawat terbabit. Sebuah akaun lagi memuat naik status: “Allahu Akbar! Bersyukur kepada Tuhan, sebuah pesawat tentera Syria berjaya ditembak jatuh di Raqqa.”

Rejim Presiden Bashar al-Asssad meningkatkan operasi serangan udara ke atas IS di timur negara itu sejak beberapa minggu lalu, menjadikan Raqqa dan wilayah Deir Ezzor serta kawasan yang dikuasai kumpulan berkenaan di timur laut wilayah Hasakeh sebagai sasaran utama.

Satu serangan udara yang dilancarkan di kem latihan IS di Tibni, wilayah Deir Ezzor Sabtu lalu mengorbankan 17 anggota kumpulan itu dan seorang kanak-kanak.


Presiden Amerika Syarikat (AS) Barrack Obama mengumumkan peluasan operasi serangan udara ke atas IS di Syria minggu lalu selepas melancarkan serangan berkenaan sejak awal bulan lepas.

Setakat ini masih tiada serangan udara dilakukan AS di Syria namun pengumuman yang dibuat Obama itu mencetuskan protes di Damsyik serta Iran dan Russia, sekutu kuat negara itu.

Ia bukan kali pertama pesawat tentera Syria ditembak jatuh kumpulan penentang. Kejadian seperti itu pernah berlaku di Aleppo pada 2012. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori