• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tawaran Istimewa MAS Sempena Ulang Tahun Ke-42

oleh Ahmad Albab
29/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) menawarkan tawaran istimewa bagi penerbangan antarabangsa dan domestiknya bersempena dengan Ulang Tahun Ke-42, sejajar dengan janji-janjinya untuk menyediakan tambang mampu milik kepada rakyat Malaysia.

Syarikat penerbangan itu menyatakan tawaran berkenaan dibuka untuk tempahan bermula hari ini hingga 3 Oktober depan menerusi laman webnya, pejabat tiket, ejen pelancongan yang menyertainya dan pusat panggilan.

Tempoh perjalanan adalah dari 2 Oktober, 2014 hingga 30 Jun, 2015.

Naib Presiden Kanan Serantau MAS, Datuk Muzammil Mohamad, berkata ia adalah komitmen MAS untuk terus menyediakan kepada pelanggannya perkhidmatan bertaraf dunia pada harga mampu milik.

“Semua orang sukakan tawaran yang baik dan sebagai penghargaan, kami menawarkan beberapa tawaran hebat kepada pelanggan untuk membeli pada masa yang terhad sahaja. Kami mempelawa pelanggan kami merebut peluang yang hebat ini bagi produk dan perkhidmatan kami,” katanya.

Tambang promosi terangkum pergi dan balik syarikat penerbangan itu bermula daripada RM120 bagi perjalanan domestik Malaysia, daripada RM250 ke destinasi ASEAN, daripada RM800 ke China, daripada RM750 ke India, daripada RM1,000 ke Asia Utara dan daripada RM2,600 ke Eropah.

Penerbangan domestik ke Pulau Pinang dan Johor Baharu bermula daripada RM120, Kuching daripada RM260 dan Kota Kinabalu daripada RM360.

Bagi destinasi ASEAN, tawaran hebat itu bermula daripada RM250 ke Medan, RM350 ke Phuket, RM420 ke Jakarta atau Siem Reap, RM530 ke Bali, RM600 ke Hanoi dan RM700 ke Manila.

Tambang ke China bermula daripada RM800 ke Hong Kong, RM900 ke Kunming dan RM1,200 ke Guangzhou, manakala bagi destinasi di India, tawaran bermula daripada RM750 ke Kochi, RM1,000 ke Chennai dan Colombo dan RM1,300 ke New Delhi.

Bagi perjalanan ke Asia Utara, tambang bermula daripada RM1,000 ke Taipei dan RM1,800 ke Tokyo, manakala tambang ke Eropah bermula daripada RM2,600 ke Istanbul, RM2,790 ke Paris dan RM2,890 ke London.

Menurut MAS, harga yang ditawarkan adalah bagi perjalanan Kelas Ekonomi. Tambang promosi Kelas Perniagaan juga ditawarkan daripada RM900 ke destinasi domestik dan RM11,900 ke Eropah.

Bagi maklumat lanjut, pelanggan boleh melayari laman web Malaysia Airlines di www.malaysiaairlines.com atau hubungi 1-300-88-3000. – BERNAMA

Tags: MAS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd